Sayang Menyayangi
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad saw bersabda:
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum
ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia
menyayangi
dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)
Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan
kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan
saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat
saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk
dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang
menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak
badan memang diajarkan oleh Rasulullah saw. Contohnya memberikan hadiah walau-
pun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka
dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Islam menggalakkan umat-
nya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan
pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama
saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru
budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak
terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya
diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh
manusia.
Sumber: JAKIM
No comments:
Post a Comment