Just The Way I'm

Just The Way I'm

Thursday 12 January 2012

KADANG DIAM ITU PERLU??

Diam itu jua membawa pengertian yang berbeza pada setiap yang mahu menilai ertinya.Setiap kata-kata yang terluah kadang membawa maksud yang pelbagai pada yang mahu mendengarnya.

Kata-kata yang tiada membawa apa-apa pengertian seperti cakap-cakap kadang mencampurkan diri kita pada suatu tahap yang tiada jalan cerita seolah menghina perwatakan diri.Tapi bukan jua tiada matlamat atau pengajaran pada setiap butir kata-kata yang diluah.Punyai matlamat masing-masing pendapat dan pandangan.

Jika situasi pasangan yang dimana ada pertelingkahan,maka diam itu perlu pada satu pihak yang menunjukkan ada tolak ansur salah sorang darinya.

Kerana tiada guna bertengkar dan masing-masing cuba bermegah dengan siapa yang patut didengari.Kesanya kadang banyak merugikan sebuah perhubungan.

DAN AKU KHUTIRI BILA KATA-KATA ITU BISA MEROSAKKAN ANTARA AKU DAN KAMU,KERANA ITULAH KU KUNCI SAJA BIARKAN TIADA LANSUNG DENGAR LUAHAN KU

Banyak berbicara kadang menunjukkan kebodohan diri,kerana setiap perkara itu memperlihatkan peribadi seseorang.Lebih baik diam seribu erti dari bercakap perkara yang sia-sia.

Membiarkan kata-kata yang didengari merasakan bertapa menusuk ke dalam hati,tanpa ada belas kasihan dan simpati pada sitausi.Kadang sunyi tanpa ada pembalasan menjawab setiap tomahan..bukan kerana diam itu membawa erti kalah,tapi cuma membiarkan setiap sesuatu itu dibawa pengertian sendiri.

BUKAN KERANA AKU TAKUT AKAN KEBENARAN,CUMA JIKA BILA AKU BERBICARA TAKUT HATIMU AKAN KECEWA KERANA KADANG DIAM JUA MENYELAMAT KEADAAN

Kadang diam itu lebih beerti dari cuba bicara..bukan kerana kalah akan situasi tp cuba mengelakkan ketegangan..kerana diam itu juga kadang memberi kemenangan di dalam diam.

KERANA AKU KE SAYANGKU KERANA ITULAH AKU BIARKAN SAJA DIPERSALAHKAN..BUKAN KERANA AKU AKAN TAKUT AKAN KEKALAHAN TAPI AKU TAKUT LEBIH GUSAR AKAN KESANYA

Tidak terbatas kata,tidak menunjukkan kita berada di pihak yang salah dan tidak juga kita kalah,kerana kita tahu dan kita mengerti selagi bahang itu masih panas tiada gunanya berbicara.Akan lebih mudah merosakkan akan jiwa-jiwa yang sedang mencari kesalahan.

""NAMUN ADA KALANYA HARUS INGAT BERDIAM DIRI BUKAN JUA CARA PENYELESIAN MASALAH""

KADANG AKU TERDIAM BUKAN BERMAKSUD AKU MENGAKUI SALAHKU MEMANG DILUAR BANYAK BICARAKU TIADA PANGKALNYA.PATAHKU BERKATA KADANG TIDAK MEMBAWA MAKSUD YANG MENDALAM,TAPI KADANG JUA AKU DIAM BUKAN BEERTI AKU KALAH..MEMBERI RUANG PADA SESUATU KATA-KATA YANG AMAT PEDIH DIDENGAR..SUPAYA AKU KENAL HATI BUDIMU..

PheonixOrchid

No comments:

Post a Comment