Just The Way I'm

Just The Way I'm

Monday 9 January 2012

ADA AKU KISAH !!

PAS YANG TERANG LAGI BERSULUH PENIPU!
PAS (Parti Ajaran Sesat) YANG SESAT DAN MENYESATKAN



Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

Bezanya.. UMNO menentang perundangan hudud.. PAS cuba melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu walaupun DAP/UMNO/MIC/MCA dll tidak menyokong mereka..:


Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".KEMUDIANNYA... Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
 

Bezanya.. Walaupun DAP/PKR tidak menyokong hudud.. tetapi mereka tidak menghalang PAS daripada menerangkan hudud kepada rakyat..

UMNO cuba menyekat hudud...

    http://www.youtube.com/watch?v=1Gb-QA0hJK8
    http://www.youtube.com/watch?v=3rLX2FOL4Po&feature=related

.
UMNO juga memperlecehkan hudud..

    http://www.youtube.com/watch?v=ndLoBXgAad4:

Kata PAS: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. 


Sekurangnya mereka berceramah menetang arak.. .

    http://us.mg2.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=5lvcn1lat7ol5

BUKAN beli saham kilang arak...

    http://al-futhuhat.blogspot.com/2010/04/anak-mahathir-beli-saham-kilang-arak.html:


Kata PAS: Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? "KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.
 

Daripada dibiarkan ladang babi terbiar/kotor/tidak terjaga/tidak selamat yang dibina/dibenarkan semasa BN.. Di Kedah PAS tutup terus ladang babi...

Kata PAS: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".
 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”

    http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=178.

Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam". 



UMNO memang anti-Islam.. Anwar Ibrahim memang memerangi rasuah... Pejungan Islam sejati.. saya kurang pasti..”



Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..
 

BUKAN PAS yang kata..  tetapi Allah SWT yang tetapkan..
Dan memang terbukti seks Rahim Tambi Chik dengan budak sekolah..
Anwar Ibrahim tidak terbukti mahkamah UMNO dalam kedua2 kes liwat..”



Kata PAS: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
 

BUKAN PAS yang kata..  tetapi Allah SWT yang tetapkan.. Nabi Daud as pun disuruh berhukum dengan hukum Allah SWT.. UMNO pulak lebih pandai dari Nabi Daud as.. mencela dan menghalang hukum-hakam Allah SWT..

[38.26] Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi,
maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. 

Kata PAS: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
 

Walaupun MCA menentang/ PKR tidak meyokong hudud.. tetapi mereka tidak menghalang PAS dari pada menerangkan kepada manusia tentang hudud.. seperti mana UMNO

http://www.youtube.com/watch?v=GfrH3Sv6oZE (
 Surat Setiausaha UMNO Kapar kepada Semua Ketua Cawangan UMNO Kapar..) .


Kata PAS: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)
 

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/11/18/north/9929948&sec=north (Hudud law for Kedah too )

Kata PAS: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.APA KATA ANDA?! 

Sejak bila Islam menghalang agama lain?? Rasuah, penyalah gunaan kuasa, fitnah, permusuhan dengan alim ulama dalam UMNO lebih mungkar jika dibandingkan dengan pembinaan kuil/rumah ibadah agama lain....

Kata PAS: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
 

Cuba bagi contoh tulisan Raja Petra yang mempertikaikan Islam yang diterbitkan harakah..

Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
 

Perjuangan menegakkan undang-undang hudud adalah jihad fisabilillah tak kiralah samada PAS/UMNO/DAP menetangnya.

Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah (Sallallahu ‘alaihi wasallam) tentang jihad: “Orang yang berjuang atau berperang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahukan supaya namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang, orang yang
 berperang kerana keberanian semata-mataorang yang berperang kerana perkaumanatau kerana kekeluargaan, ataupun kerana fanatik keturunannya, ataupun berperang kerana marahmaka siapakah yang dikatakan berperang fisabilillah?” Rasulullah (Sallallahu ‘alaihi wasallam) menjawab: “Orang yang berperang pada jalan Allah, ialah mereka yang berperang kerana menegakkan kalimah Allah yang Maha Suci. “
(Hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)...  .


Kata PAS: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
 

( Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung oleh Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan. )
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=504636&cat=tm 


Kata PAS: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".
 


PAS pernah bekerja sama dalam BN pada 1973-1977 kemudian disigkirkan BN..
http://www.facebook.com/note.php?note_id=215623975128440&comments


PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz. 

BUKAN tak memiliki ciri2 Islam.. Bahkan menetang, mempersendakan Islam + Allah SWT secara terang2an.

PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.
 


Kemungkaran yang diwarisi dari era BN... Bila PAS nak laksanakan hudud bising membangkang.. Hudud itulah cara terbaik membendung maksiat..

PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
 

Kemungkaran yang diwarisi dari era BN... Bila PAS nak laksanakan hudud bising membangkang.. Hudud itulah cara terbaik membendung maksiat.

APA KATA ANDA?

Harap penjelasan ini jelas dan memuaskan..
Baca, faham, selidiki dan sebarkan kpd rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dgn taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita!

Silalah baca dan faham penjelasan saya pula...
Pas nafi hududnya tidak berlandaskan al-Quran
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pas hari ini menafikan dakwaan Wan Ismail Wan Ahmad bahawa hukum hudud yang diperjuangkan parti itu tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.

Apa pula dalil/bukti2nya...

Sambil menyifatkan kenyataan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan itu bernada tidak puas hati dan prejudis, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menjemput Wan Ismail untuk berbincang jika terdapat kelemahan yang memerlukan parti menambah baik hukum tersebut.
"Hukum hudud kita berlandaskan al-Quran dan hadis. Ia adalah hasil muktamar segenap ulama yang mengambil kira pendapat daripada pelbagai mazhab serta khilaf situasi masa kini.
"Bagaimanapun, kita terbuka terhadap sebarang perbincangan dengan semua pihak. Tidak semestinya hukum tersebut tertakluk hanya kepada mazhab Shafie, skop tersebut boleh diperluaskan lagi," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Wan Ismail bahawa hudud yang diperjuangkan Pas telah dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46, DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.
Dakwa beliau, melalui pindaan itu hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.
Tambah Nasrudin, sememangnya Islam tidak memaksa golongan bukan Islam menerima hudud kerana ia adalah hak peribadi golongan tersebut.
Namun sekiranya agama mereka tidak memperuntukkan hukum seumpamanya, mereka boleh menggunakan hudud.
"Apa untungnya Pas mahu membelakangi al-Quran dan hadis? Ia adalah tohmahan dan perlu diperbetulkan bagi mengelak sebarang kekeliruan dalam kalangan umat Islam serta masyarakat berbilang kaum di negara ini," kata beliau.
HUKUM HUDUD ALA-PAS KELANTAN

Di Kelantan?!
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Namun begitu, sehingga sekarang undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri  Kelantan.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara tersebut.  
Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya.  Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.
Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya.  Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk  Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut. 

Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, Kelantan pada tahun 1

" Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atautolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalamUMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. 

Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.
            Bila dirujuk di kalangan cerdik pandai agama, sebenarnya memang terdapat beberapa kekurangan yang serius dalam Undang-undang Hukum Hudud tersebut.  Di bawah ini penulis akan cuba memberikan sedikit kupasan berkenaan kekurangan-kekurangan tersebut, terutama sekali dalam bab zina.

PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUMHUDUD KELANTAN
Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):
 BAHAGIAN III

Keterangan

39.     Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1)          Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
(2)          Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hududatau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1)          Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.
(2)          Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1)          Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2)          Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
(3)          Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1)          Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
(2)          Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1)          Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2)          Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukumanhudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1)          Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
(2)          Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
(3)          Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

(1)          Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.
(2)          Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(3)          Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1)          Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2)          Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.
(3)          Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47.              Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42

          Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.  Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

          Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol.  Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina.  Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas.  Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina.  Adilkah begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

          Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

          Sekali lagi isu mangsa rogol timbul.  Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukumanhudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

          Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hududciptaan PAS ini?  Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kalinya begitu.  Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

          Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undangHudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

          Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak HukumHudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS.  Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas.  Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.








 Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

WAllahua3lam
Wassalam

No comments:

Post a Comment