Menyayangi dan disayangi...
Perkara itu fitrah? Ya, saya akui, itu perkara fitrah. Selagi tidak bertentangan dengan syariat, itu fitrah. Tapi, apabila sudah melampaui batas hukum agama, apakah ia masih fitrah? Tidak! Sesungguhnya ia telah menjadi fitnah! Apabila fitrah menjadi fitnah, maka timbullah masalh dikalangan mereka-mereka yang terlibat dalam perkara ini...
Memang... ingin menyayangi dan disayangi itu satu fitrah dan lumrah. Tapi dalam umur yang masih muda, iaitu dibawah umur 18 tahun, adakah ia masih fitrah? Bercouple-couple sana-sini, dating sana-sini, panggil pasangan pun macam panggilan orang dah kahwin[abang+ayang, baby+honey, etc..] Padahal umur baru sekitar 13- 18 tahun..Itu tandanya mereka bercinta@ bercouple hanya kerana mengikut kehendak nafsu. Ada juga yang kadang-kadang, apabila melihat orang lain berbuah hati, maka dia pun teringin juga berbuah hati dan dia pun mencari-cari sesiapa yang ingin menjadi buah hatinya, bukan yang sesuai menjadi buah hatinya. Ternyatalah bahawa dia berbuah hati kerana terikut-ikut kawan-kawannya... Ada juga yang disebabkan ajaran kawan yang mengajarnya cara-cara "menackle" perempuan. Bila sudah "habis belajar", "guru" itu pun menyuruh "muridnya" itu memparaktikkan ilmu-ilmu teori menackle perempuan yang diajarnya selama ini... Bila muridnya itu berjaya menackle 2-3 perempuan, maka banggalah guru tersebut dan dia pun mencanangkan kepada kawan-kawannya yang lain bahawa dia adalah "guru" mithali dalam bab tersebut. Mereka telah memuaskan nafsu mereka dengan cara yang salah. Matlamat tidak menghalalkan cara[erk, ade kene mngene ke?]
Jujurnya, tiada cinta yang sah melainkan selepas akad nikah. So, kepada pembaca-pembaca diluar sana, tak payahlah nak mengada-ngada nak letak status kat facebook: in relationshiplah, engagedlah, atau kekadang nak kontroversi lebih, letak married. Padahal umur baru setahun jagung. Duit pun mak bapak yang tanggung, ada hati nak kata dan bertunang la, dah kahwin la..Hei, sedar la sikit diri tu...
Ish3.. Inilah realiti remaja zaman sekarang. Sungguh berbeza dengan remaja zaman sahabat dahulu[termasuk diri ini]. Sungguh ketara perbezaan mereka... Remaja dahulu, sepenuh jiwa raganya diserahkan kepada Allah. Remaja sekarang? Sepenuh jiwa raga mereka kebanyakannya diberikan kepada kekasihnya. Sampai ada yang sanggup menyerahkan apa sahaja yang dimiliki malah perbuatan paling bodoh, sanggup menggadaikan maruahnya yang kononya bukti cintanya kepada kekasihya...
Benarlah kata orang, cinta tidak bermata, cinta itu buta! Kebanyakan orang sekarang ini pun memilih pasangan untuk dijadikan teman hidupnya dari kalangan yang kaya-kaya, cantik-cantik, kacak-kacak dan apa-apa yang berbentuk fizikal dan material. Tapi, masih ada yang memilih calon pasangan dari kalangan soleh-solehah, hafiz-hafizah, ustaz-ustazah dan yang sewaktu dengannya...Kiranya macam 50-50 la..So, saya nak cakap sikitlah, saya menyampah bebeno dengan mereka-mereka yang bercinta masa belajar.Bukan budak SMK je yang begitu, budak sekolah agama dan tahfiz pun ada yang begitu...
So, conclusionnya, jangan pandang seseorang berdasarkan kopiah putih bersihnya. Tidak semestinya yang berkopiah itu baik...Mungkin mereka berkopiah putih bersih, tetapi couple. Call makwe tiap-tiap malam. bila jumpa balas-balas senyum then perempuan tu malu-malu kucing pulak... Menyampah je tengok! Bagi saya perangai mereka yang sebegini, macam HAMPEH! Mengaburkan pandangan orang ramai dengan kopiah putih bersih yang dipakainya...
No comments:
Post a Comment