Just The Way I'm

Just The Way I'm

Monday 30 January 2012

Jom Mengumpat & Mengata !!..jom laaaaaaaaaaaa

Fikir2kan renung2kan.. selamat beramal...

Hukum mengata dan mengumpatRamai yang kurang senang bila dengar tentang
HUKUM MENGUMPAT,ini kerana ramai yang suka mengamalkan tabiat nie,malah ada
ketikanya dah menjadi amalan harian kan....Kadang kala aku sendiri TERbuat
jugak,tapi sekarang dalam proses perubahan kearah kebaikan...:)

Sekadar renungan untuk semua berkaitan Hukum Mengumpat atau ghibah.Ianya ada
berkait rapat dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ianya bukan
sahaja menimbulkan keaiban kepada ORANG yg DIUMPAT malah menampakkan KEAIBAN
dan KEBURUKAN SI PENCERITA.

Allah swt telah menetapkan nas yang berupa celaan keras tentang mengumpat
dalam Firmannya :-

" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah
seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati,
tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat
ayat 12) "

Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal
orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
" Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk
kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau
mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah
akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan
dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)."

Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya
mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang
perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana
ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya
ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah
(S.W.T) dalam firmannya:

" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang -
orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan
akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)"

Sebab-sebab mendorong seseorang itu mengumpat :-

1. Ingin melenyapkan kemarahan :-
Apabila marahakan seseorang dilepaskan dengan menceritakan keburukan @
KELEMAHAN orang yang dimarahi,didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang
bukan-bukan. 

2. Kemegahan Hati :-
Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari
orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

3. kedengkian :-
Iri hati melihat orang yang selalu dipuji. Jadi ia mencari kelemahan dan
keburukan orang tersebut agar orang itu tidak dipuji.

4. Saja suka-suka:-
Bersenda gurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada manfaatnya iaitu
memeriahkan suasana dengan bercakap atau bercerita tentang hal orang lain 

5. Penghinaan :-
Iaitu menganggap hina,rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah
kerana perasaan angkuh,sombong, dan sifat tinggi diri yang tiada terbatas.

6. Sifat-sifat lain :-
Sukar dianalisis banyak sebab tetapi semuanya yang lahir akibat tipu daya
syaitan yang BERJANJI ingin menyesatkan umat.

Hukum Mengumpat :-

Mengumpat dengan hati yang mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain.
Hukumnya sama HARAM
dengan mengata orang secara lisan. Ini dilarang keras sebagaiman firman
ALLAH swt ;-

"Hai orang-orang beriman jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab
setengah dari sangka-sangka itu adalah DOSA" 
Oleh itu jika ada satu bisikan dalam hati ingin bersangka buruk kepada orang
lain baiklah tolak sahaja dan cepat-cepat beristighfar.

Fikir2kan renung2kan.. selamat beramal..

No comments:

Post a Comment