Just The Way I'm

Just The Way I'm

Monday 2 April 2012

MAKNA SEBENAR APRIL FOOL..

Assalamualaikum wbt.

Walaupun 1 April dah berlalu beberapa hari yang lepas..
Aku terpanggil untuk berkongsi cerita di sebalik hari tersebut di sini..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan
kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol
dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan  menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar
rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian
kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikanoleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan  April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara
seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu....

wallahhua'lam 

No comments:

Post a Comment