Just The Way I'm

Just The Way I'm

Wednesday 30 January 2013

Fakta Rambut..


Dianggap sebagai mahkota wanita, rambut juga memiliki rahsia tersembunyi diri setiap wanita. Jika ingin ketahui apakah rahsia itu, ayuhlah baca dan nilai sendiri. 

Rambut lurus
Dari segi fesyen, anda memang seseorang yang bijak bergaya. Anda tidak perlu meminta bantuan sesiapa dalam pemilihan pemakaian. Sememangnya, anda bijak berkata-kata dan berperwatakan ceria. Namun, anda juga mudah cemburu dan suka bersaing. 

Rambut kerinting (tebal)
Dari sudut positifnya, anda seorang yang sangat peramah dan mudah didekati. Oleh itu, sudah tentunya anda mempunyai ramai kenalan. Jadi, tidak hairainlah anda disayangi ramai malah anda juga agak romantik. Walaubagaimanapun, anda agak degil dan keras kepala dan sentiasa merasakan diri anda sahaja yang betul. 

Rambut kerinting (halus) 
Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis ini sebenarnya seorang yang bijak namun ada sedikt ego dan cerewet. Dalam berpasangan pula, anda seorang yang romantik tetapi agak cemburu buta. Ini membuatkan pasangan anda kurang selesa. 

Rambut ikal mayang
Individu yang mempunyai rambut begini pula seringkali memiliki rupa paras yang comel. Bukan seorang yang terburu-buru dalam mengatur langkah dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu.Orang ramai suka dengan bergaul dengan anda kerana anda seseorang yang berfikiran terbuka dan mudah memaafkan seseorang. 

Rambut beruban
Tidak bijak mengatur sesuatu dan suka termenung. Tetapi, anda bersikap sangat terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain serta pandai menyelesaikan masalah sendiri. 

Rambut kusut 
Seseorang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian orang. Walaupun anda mudah didekati, tetapi anda sebenarnya seorang yang agak bengis tetapi anda tidak suka marah tanpa usul periksa. Namun, jika disakiti, anda tidak mudah memaafkan orang yang menyakiti. 

Rambut halus / lembut
Seorang yang agak cerewet tetapi manja dengan orang di sekeliling. Malah, anda juga seorang yang tegas dengan pendirian dan mudah memaafkan orang lain. Dalam pekerjaan, anda boleh diharap dan cekap serta cepat melakukan sesuatu yang diminta.

Solekkan ..


Wanita bekerjaya zaman sekarang semakin sibuk, malah kadang-kadang tidak sempat untuk mengenakan sebarang solekan di wajah akibat mengejar masa. Disebabkan itu, ada wanita yang melangkah ke pejabat dengan kurang keyakinan diri . Tidak semestinya anda hendak ke pejabat perlu mengenakan solekan yang tebal semata-mata untuk kelihatan cantik malah ada yang sebaliknya. Jadi, biarlah solekan anda ringkas tetapi anda tampil anggun dan penuh berkeyakinan. Di sini, ada beberapa tips solekan mudah dan ringkas untuk diamalkan oleh setiap wanita bekerjaya:

Kulit Licin
Memakai solekan haruslah menampakkan wajah yang asli. Seseorang wanita itu haruslah memakai bedak asas berunsurkan cecair atau lebih dikenali sebagai liquid foundation. Bedak asas ini harus disapu nipis pada dahi, hidung dan dagu. Bagi yang memiliki kulit wajah berminyak, anda hendaklah menekap wajah anda dengan tisu pada waktu tengah hari atau ketika panas bagi mengelakkan wajah kelihatan berkilat. 

Sapuan Lembut Bulu Mata
Mungkin ada yang menganggap pemakaian maskara ke pejabat tidak penting tetapi sapuan lembut pada bulu mata anda sudah cukup memberikan impak yang berbeza kepada wajah anda, lebih-lebih lagi jika anda mengenakan maskara dari tona warna semulajadi yang selain dari warna hitam. 

Kilauan Asli di Bibir
Jika ke pejabat, anda tidak perlu mengenakan gincu bibir berwarna terang seperti merah cabai. Cukuplah sekadar mengenakan calitan warna asli seperti warna coklat pic, beige ataupun merah jambu. Jangan sesekali memakai pengilat bibir kerana ianya menampakkan anda kelihatan terlalu seksi apabila ke pejabat. 

Sentuhan Pemerah Pipi
Pemerah pipi juga haruslah dipadankan dengan warna asli seperti coklat agar tidak terlalu menonjol. Harus diingat bahawa anda hanya ke pejabat dan bukannya ke majlis makan malam. Pada asasnya solekan ke pejabat haruslah ringkas dan semulajadi. Jangan sampai anda kelihatan seperti badut semata-mata untuk kelihatan cantik. Biar ringkas dan mudah untuk anda ke pejabat tetapi tetap menawan, anggun dan berkeyakinan.

Makanan antibakteria nyahkan bintik hitam! !!




Bintik-bintik hitam adalah salah satu masalah yang sukar ditangani apabila ia mula 'menjelajah' muka anda. Namun anda tidak perlu gusar kerana terdapat beberapa makanan yang mempunyai bahan antibakteria boleh digunakan bagi merawat masalah yang anda hadapi. 

YOGURT
Antibiotik asli yang terdapat dalam yogurt anda adalah makanan yang cukup sesuai untuk dijadikan topeng muka. Anda tidak perlu berbelanja mahal dan ianya sangat mudah untuk didapati. Amalkan satu hingga tiga kali seminggu jika anda inginkan kulit yang lebih cantik dan tampak sihat. 

MADU
Madu sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia juga adalah salah satu rahsia dalam kecantikan yang seringkali diamalkan oleh pakar penjagaan kulit. Menerusi kesan antibakteria yang terdapat di dalam madu asli terutamanya, ia mampu mengetatkan kulit wajah kita serta menganjalkannya. Kulit wajah anda akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan madu asli yang segar dan kurang diproses. 

LIMAU

Kesan antibakteria limau sememangnya kuat dan sering digunakan di seluruh dunia. Namun pastikan tiada sebarang luka di kulit wajah anda kerana bimbang ia akan menyakitkan. Anda juga boleh meletakkan limau dalam pemakanan anda. Selain daripada menjaga muka, anda juga boleh menjaga berat badan anda! 

KULIT KAYU MANIS

Bukan sahaja enak digunakan dalam masakan, kulit kayu manis turut mempunyai kesan antibakteria yang menakjubkan apabila digunakan. Tumbuk atau hancurkan kulit kayu manis sehingga halus dan campurkan bersama dalam rutin harian anda ketika mencuci muka atau skrub. Amalkan selalu dan anda dapat melihat keberkesanannya! 

MINYAK KELAPA

Minyak kelapa sememangnya terbukti mempunyai bahan antibakteria serta pelembab terbaik untuk kulit muka anda. Jika diamalkan selalu, minyak kelapa turut mampu mengurangkan kesan jerawat.

Lapan cara cegah tulang rapuh




Osteoporosis atau pereputan tulang, adalah keadaan yang mana struktur dan kepadatan tulang merosot sehingga mengakibatkan kesakitan.  Osteoporosis juga menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.  Gejala osteoporosis ialah sering sakit belakang, postur badan membongkok dan ketinggian badan berkurangan. Namun osteoporosis yang ringan boleh berlaku tanpa sebarang gejala pun. 
Apabila seseorang disyaki mengalami osteoporosis, doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan Kepadatan Mineral Tulang, BMD.  Pemeriksaan ini dapat mengenal pasti wujudnya keadaan osteoporosis pada seseorang dan tahap keseriusan osteoporosis  yang dialaminya. Pemeriksaan BMD yang lazim digunakan ialah pemeriksaan jenis Dual X Ray Absorptiometry atau singkatannya DXA. 
Osteoporosis boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya kekurangan vitamin D, kekurangan kalsium, kurang melakukan aktiviti fizikal, berat badan terlalu rendah, pengambilan minuman beralkohol serta gangguan pada hormon. Beberapa hormon dalam tubuh memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan kalsium oleh tulang. Gangguan tiroid dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti kortikosteroid untuk asma atau radang sendi kronik juga boleh menyebabkan seseorang mengalami pereputan tulang.
Golongan perokok juga berisiko mengalami osteoporosis. Kesan toksik atau racun dari nikotin terhadap sel-sel tulang akan menghalang kemampuan tubuh untuk menggunakan estrogen, kalsium dan vitamin D.  Risiko untuk mengalami osteoporosis juga akan meningkat apabila usia seseorang semakin lanjut, berat badan tidak normal atau mengalami menopaus. 
Jika tidak segera diatasi, komplikasi yang sering berlaku terhadap penghidap osteoporosis ialah kes patah tulang.  Secara umumnya kes osteoporosis berlaku pada golongan tua, justeru jika berlaku komplikasi patah tulang, risikonya jauh lebih besar dan proses penyembuhannya pula memakan masa lebih lama. 
Berikut, beberapa langkah untuk mencegah osteoporosis: 
1. Pengambilan kalsium dan vitamin D
Kalsium dapat diperoleh daripada susu rendah lemak, keju, susu kacang soya, brokoli dan sayur-sayuran hijau. Rujuk kepada doktor jika anda memerlukan suplemen kalsium tambahan. Vitamin D pula berfungsi untuk membantu menyerap kalsium. 
2. Amalan bersenam 
Lakukan senaman kira-kira setengah jam sehari, lima hingga enam kali seminggu seperti berjalan kaki, aerobik, berbasikal atau berenang. 
3. Kurangkan pengambilan garam
Garam meningkatkan pengeluaran kalsium melalui peluh dan air kencing. 
4. Hadkan pengambilan kafein
Perkara ini penting khususnya bagi wanita yang sudah memasuki usia menopaus. 
 5. Berhenti merokok
Merokok boleh menjejaskan pemulihan tulang yang rapuh atau patah dan menghalang pertumbuhan tulang. 
6. Hadkan pengambilan alkohol
Alkohol boleh mengganggu proses penyerapan kalsium dan mengurangkan kadar hormon yang berperanan dalam pembentukan tulang. 
7. Berhati-hati dengan ubat yang anda makan
 Terutamanya ubat-ubatan jenis kortikosteroid yang digunakan dalam jangka panjang kerana ia meningkatkan risiko pereputan tulang. 
8. Elakkan aktiviti fizikal berlebihan 
Hindari aktiviti seperti mengangkat barang berat bagi mengelakkan berlakunya kecederaan dan patah tulang. 
Sumber: www.meetdoctor.com

Monday 28 January 2013

Babi / Khinzir dan 'Branding'nya...


Babi / Khinzir dan 'Branding'nya...

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat  ukuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. 
Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi.

10. Ham : Daging Bahagian peha Babi

11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam

12. Pepperoni :Sejenis salami yg biasanya diperbuat daripada pork dan beef

13. Spam : Spice Ham

14. Sus Scrofa - Babi Liar 'Wild boar'

15. Bak Kut Teh : Sup yang sinonim dengan Sup Babi

16. Pancetta : Italian bacon

17. Chorizo : Sosej diperbuat dari pork meat



#ader lg yg sy tertinggal ??

360 TULANG...


MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI! 

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim] 

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani] 

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut: 

147 sendi di tulang belakang 
25 sendi antara tulang belakang 
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk 
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?) 
24 sendi di dada 
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage 
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk. 
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat). 
2 sendi antara skapula dan dada 
86 sendi di hujung teratas 
2 sendi antara tulang scapular 
6 sambungan antara siku. 
8 sendi antara pergelangan tangan 
70 sendi antara tulang tangan 
92 sendi di hujung terbawah 
2 sendi pinggul 
6 sendi antara tulang lutut 
6 sambungan antara pergelangan kaki 
74 sendi antara tulang kaki 
11 sendi di pelvis 
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx) 
6 sendi antara tulang acetabulm 
1 sendi sumphysis kemaluan
 

Jumlah sendi 360 

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia. 

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350

Allah SWT berfirman: 
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14) 

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4) 

Petikan Artikel: ‘ Every man has 360 joint bones’ oleh Dr. Zaghloul El-Naggar – 
quranandscience.com 
http://assabiel.com/?p=2321 


Thursday 24 January 2013

Pemutih Kulit yg MERBAHAYA !!


Ramai wanita di luar sana idamkan kulit muka yang cantik, lincin dan tidak ketingalan juga yang inginkan kulit muka yang putih bersih. Terlalu banyak produk kecantikan di luar sana yang menawarkan krim pemutih yang menjanjikan keberkesanan yang cepat dan segera. Ini telah membuatkan ramai wanita sangat teruja dan ingin mencubanya tanpa berfikir panjang dan tidak meneliti kandungan yang terdapat dalam krim pemutih tersebut.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, krim pemutih muka mengandungi dua peratus dan lima peratusan hidrokuinon yang boleh mengakibatkan kulit wajah rosak. Krim yang mengandungi hidrokuinon ini berfungsi dengan bertindak menghilangkan bintik-bintik hitam sekaligus mencerahkan wajah. Walaubagaimana pun, pemakaian krim pemutih berlebihan tetap mempunyai risiko yang boleh menyebabkan kesan iritasi dan kulit sedikit terbakar. 

Apa yang lebih menakutkan dan lebih bahaya ialah jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri. Merkuri sememangnya menjadikan kulit wajah nampak putih dan mulus tetapi merkuri ini akan mendap di bawah lapisan kulit dan lama-kelamaan kulit menjadi kehitaman sehingga boleh menyebabkan kanser. 

Kita perlu berhati-hati dengan produk kecantikan ini dan perlu mengetahui krim pemutih yang mengandungi merkuri. Jika bau krim pemutih itu agak kuat ia patut dielakkan, begitu juga krim yang berwarna putih dan kuning tetapi tidak semua mengandungi merkuri. Selain itu, ciri spesifik krim yang mengandungi merkuri ialah agak mengilat warnanya. Yang paling penting jangan mudah terpedaya dengan krim pemutih yang berkesan dalam waktu yang singkat. Jika kita memakai krim pemutih yang mngandungi merkuri ini kulit wajah kita lebih sensitif pada sinar matahari serta kulit terasa pedih dan kemerahan di awal pemakaian. 

Jika anda sayangkan kulit wajah anda, ingat sentiasa berhati-hati dalam memilih apa jua produk kecantikan terutama krim pemutih yang mengandungi merkuri yang amat merbahaya.

Tuesday 22 January 2013

Kecacatan yang mencantikkan.....





Kecantikan adalah subjektif dan kita semua pasti sudah biasa mendengar frasa lama yang berbunyi "Kecantikan terletak pada sang penglihat". Namun, sudah menjadi naluri semula jadi bagi seorang manusia untuk tidak berpuas hati dengan rupa fizikal yang ada, baik dari segi wajah, saiz badan mahupun jenis rambut. 

Tetapi, sedarkah anda bahawa kecacatan yang jelas ternampak pada diri sebenarnya memberikan keunikan rupa? Dengan hanya memerlukan daya keyakinan yang tinggi, kekurangan yang ada mampu membuatkan anda menjadi daya tarikan ramai. 

Jika anda masih sukar untuk percaya, berikut adalah senarai kecacatan yang turut dialami oleh selebriti popular tetapi disebabkan oleh personaliti menarik, mampu membuatkan mereka nampak lebih cantik. 

Tahi lalat
Melainkan terdapatnya simptom kanser kulit yang juga dikenali sebagai melanoma malignan, tahi lalat yang ada pada wajah ataupun di tubuh badan tidak wajar dibuang kerana ianya membuatkan anda kelihatan lebih manis. Lihatlah saja Eva Mendes. 

Gigi jarang / senget
Keadaan gigi yang tidak teratur memang memalukan dan seringkali pendakap gigi digunakan untuk mendapatkan gigi yang sempurna. Tetapi, jika kecacatan yang ada itu hanya kecil dan tidak begitu ketara, apalah salahnya kita gunakan sahaja keunikan yang ada seperti Anna Paquin atau Jewel. 

Kulit berbintik
Tidak dinafikan, semua wanita inginkan kulit yang licin dan tanpa noda. Namun, jangan terkejut sekiranya ada juga jejaka yang suka akan bintikan yang hadir pada kulit anda kerana bintikan tersebut sebenarnya menunjukkan personaliti anda yang aktif dan gemar berada di bawah matahari. Lindsay Lohan adalah antara selebriti yang masih kelihatan menawan walaupun terdapat bintikan pada kulitnya. 

Lesung pipit
Secara saintifiknya, lesung pipit merupakan kecacatan pada kulit yang disebabkan oleh otot yang tidak terbentuk dengan betul di bahagian tulang pipi dan rahang. Namun, siapa boleh sangka kekurangan tersebut memberikan kesan wajah yang lebih muda dan menarik perhatian ramai? Lihat saja Jennifer Garner dan Cheryl Cole. 

Parut / tanda lahir
Benar, parut atau tanda lahir yang hadir pada badan sering menaikkan tanda soal bagi sesiapa yang melihat, membuatkan anda berasa malu dengan kewujudannya. Tetapi, adakalanya cara terbaik untuk merawat kecacatan tersebut terletak pada tahap keyakinan diri anda, seperti model ternama, Padma Lakshmi, dengan parut besar di bahu kanannya yang diakibatkan oleh kemalangan jalan raya. 

Rambut beruban
Selebriti seperti Diane Keaton telah berjaya membuktikan bahawa seorang wanita masih boleh nampak cantik dan bergaya, walaupun dengan rambut beruban. 

Wajah tak bersimetri
Tidak semua dilahirkan dengan wajah bersimetri ala seorang model. Tetapi, adakah itu sahaja ukuran kecantikan? Tidak sama sekali. Jika anda perhatikan saja pada Rihanna, seorang penyanyi jelita yang menjadi kegilaan ramai, anda boleh lihat bahawa saiz kedua-dua pasang matanya tidak sama, dan kekurangan tersebutlah yang membuatkan renungannya tampak menggoda.

red "lips" flower


It's a flower, its scientific name is "Psychotria elata". Affectionately known as Hooker’s lips, Psychotria elata with its colorful red flowers attracts many pollinators including butterflies and hummingbirds.

Lava Lake At The Nyiragongo Volcano



Mount Nyiragongo is located inside Virunga National Park, in the Democratic Republic of the Congo, about 20 km north of the town of Goma and Lake Kivu. It is one of the most active volcanoes in Africa, and one of eight volcanoes in the Virunga Mountains. The main crater is about two km wide and usually contains a lava lake which appear in the summit crater.
 
Nyiragongo's lava lake has at times been the most voluminous known lava lake in recent history. The depth of the lava lake varies considerably depending on the activity of the volcano. A maximum elevation of the lava lake was recorded at about 3250 m (10,700 ft) prior to the January 1977 eruption - a lake depth of about 600 m (2000 ft). A recent very low elevation of the lava lake was recorded at about 2700 m (8800 ft).
 
Not much is known about how long the volcano has been erupting, but since 1882, it has erupted at least 34 times, including many periods where activity was continuous for years at a time, often in the form of a churning lava lake in the crater.



The lava emitted in eruptions at Nyiragongo is often unusually fluid, possibly due to the presence of melilite nephelinite, an alkali-rich type of volcanic rock having unusual chemical composition. Because of the extreme fluidity, Nyiragongo's lava flows can race downhill at up to 60 miles per hour (up to 100 km/h), whereas most lava flows at a walking pace and rarely pose a danger to human life.
 
Between 1894 and 1977 the crater contained an active lava lake. On 10 January 1977, the crater walls fractured, and the lava lake drained in less than an hour overwhelming villages and killing at least 70 people. Some reports quote much higher figures of up to several thousand people. The hazards posed by eruptions like this are unique to Nyiragongo. Nowhere else in the world does such a steep-sided stratovolcano contain a lake of such fluid lava.
 
Another major eruption of the volcano began on January 17, 2002. Lava from the reformed lava lake streamed out in 200 to 1000 m wide streams and up to 2 m deep. Warnings had been given and 400,000 people were evacuated from the city across the Rwandan border into neighbouring Gisenyi during the eruption. Despite the precautionary measures, about 147 people died in the eruption from asphyxiation by carbon dioxide and buildings collapsing due to the lava and earthquakes.
 
Six months after the start of the 2002 eruption, Nyiragongo volcano erupted again. Activity at Nyiragongo is ongoing, but currently confined to the crater, where another lava lake has formed about 250 metres below the level of the 1994 lava lake.
 
In June 2010, a team of scientists and intrepid explorers stepped onto the shore of the lava lake boiling in the depths of Nyiragongo Crater. These pictures are from the trip, by photographer Olivier Grunewald.





















Monday 21 January 2013

Enam punca perut buncit





Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 
Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.  Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Keelima, stres.  Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

Makan coklat pun boleh cantik!


Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.


2. Kulit sentiasa lembap dan segar. 

3. Menegang dan menghaluskan kulit. 

4. Melambatkan proses penuaan pada kulit. 

5. Mencegah kedutan pada wajah. 

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu: 

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut. 

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda. 

Oleh itu, usahlah berasa takut untuk menikmati makanan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai ini!

Thursday 17 January 2013

Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad.




Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
KUALA LUMPUR, 17 Jan — Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) dalam sebuah kuliah di kala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.
Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.
“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?
“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.
Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.
Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.
“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.
“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud... Ibrahim...  Sulaiman... Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.
Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.
“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.
“Dak kami tak masuk... Ha... Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.
“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.
“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.
Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.
“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?
“Banyak uniform kita.. Topi... Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang... Habaq betui-betui... Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.
“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk... Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.
Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.
Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada penduduk 28 juta — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri yang merupakan pemimpin tertinggi Islam.
Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 8 Januari lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.
“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.
Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Wednesday 16 January 2013

Rumpai Laut..




Sejenis tumbuhan dasar laut yang sangat berkhasiat untuk tubuh manusia. Rumpai laut mempunyai kandungan Iodine yang tinggi. Dimana ia bertugas untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya. Juga mengelak kesan dari penyerapan logam - logam berat seperti unsur – unsur plumbum dan sebagainya. Dimana logam logam berat tersebut boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
Khasiat dari rumpai laut itu juga juga boleh membantu limpa dan hati kita berfungsi dengan sempurna. Membantu untuk mengurangkan sakit - sakit sendi. Dan juga boleh mengelakkan dari jangkitan kuman semasa melakukan hubungan sex.
Memandangkan rumpai laut mengandungi kandungan Sodium yang tinggi ia mungkin memudaratkan pesakit Tekanan darah tinggi. Jadi pengambilan yang terlalu banyak adalah tidak digalakkan.
Limpa - Organ yang membantu penghadaman dan maembersih darah
Hati -  organ besar di dalam badan yang tugasnya mengeluarkan hempedu dan membersih darah.
Anda mungkin juga meminati:
" Rahsia kejelitaan kulit masyarakat China, Korea dan Jepun "
....TIDAK PERLU LAGI MAKAN COLLAGEN YANG MAHAL...CUBALAH IBU KOLAGEN/MARIN KOLAGEN ASLI..SANGAT BERKESAN..YANG PENTING JIMAT DAN KESANNYA SETANDING DENGAN KOLAGEN LAIN..MALAH LEBIH DARIPADA ITU...

 Khasiat Rumpai Laut

·        Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
·        Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
·        24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
·        PH bernilai 7.6
·        KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.
·        ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.
·        VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
·        PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu.
·        OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.

·      Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan KENCANG
·     Penuh dengan KOLAGEN
· Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
·   Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang

Kelebihan Rumpai Laut

·        Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
·        Anti-bakteria, membuang TOKSIN
·        Menghilangkan SEMBELIT
·        Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
·        MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
·        Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
·        MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
·        Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM
·        SELULIT dan JERAWAT
·        Membantu meningkatkan METABOLISME
·        Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
·        Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
·        Melembutkan TUMIT KAKI merekah
·        Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
·        Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
·        Mencegah KANSER/TUMOR
·        Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
·        Mencegah ANEMIA
·        Memberi Kekenyangan/DIET
·        Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
·        Memberi TENAGA

Kaedah Penyediaan

·        Basuh rumpai laut tuh bersih - bersih, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
·        Rendam semalaman. Tukar air 2 - 3 kali.
·        Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
·       Campur dengan 2.5 liter air kosong (untuk 100gm rumpai laut) ke dlm periuk utk direbus selama 15-20 minit
·       Selepas mendidih biarkan ia sejuk ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti ais (bukan diruang sejuk beku)

Cara Pengambilan

·        Selepas bangun tidur (jangan gosok gigi lagi) dan sebelum tidur (Pastikan perut kosong)
·        3 sudu besar setiap kali makan.
·        Boleh dimakan begitu saja atau
·        Campur / bancuh dengan air minuman kegemaran atau
·        Bancuh bersama air suam dan 1 sudu madu

 Cara membuat masker

·        Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
·        Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam
·        Campurkan gel kolagen tadi dengan bahan berikut :
·        Kulit Normal - Campur kolagen dengan madu
·        Kulit Kering - Campur kolagen dengan jus lemon @ susu tepung
·        Kulit Berminyak - Campur dengan buah tomato yang masak ranum

Anda akan rasa kulit LEMBAP, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG walaupun hanya dengan pemakaian masker yang pertama kali......

Siapa yang boleh makan kolagen ini

·    Wanita dan lelaki
·   Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih
·    Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
·    Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
·   Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.

TIPS

· Jangan minum kopi, nescafe, teh, berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein Selepas mengambil kolagen sekurang-kurangnya 3 jam
·  Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan cepat
· Banyakkan minum air kosong 2.5 - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimakan penyerapan kolagen oleh badan.
 berminat ? sila email saya di : noorainshazwani@ymail.com