Just The Way I'm

Just The Way I'm

Wednesday 26 December 2012

Saffron - one of the most expensive spices in the world

The high cost of this spice is to get one kilogram of finished product to grow about 170 000 colors. 
Kilogram of finished product sells for $ 3500. 
It was used as a means of imparting energy and love power to cure cataracts, and as an antidote, and as incense, conquering bad smells. 

Blooming flowers of saffron, Jammu and Kashmir, India 


Evidence of ancient sources say that saffron - one of the oldest known spices. He is mentioned as a valuable medicine and incense in Egyptian medical texts in 1500 BC, in the written sources of the Sumerian civilization, the Chinese medical books in 2600 BC, in the Old Testament. 

Harvesting Saffron 

Plantation Pampura occupy 4000 hectares 



Woman separates stigmas from the flowers 



Plate with stigmas 


Weigh the dried saffron before zapakovyvaniem 



Ready for sale saffron





Misteri HUD HUD - M.Nasir..

Meski lagu ini berentak rancak, ia berjaya membuatkan saya mengalami goosebumps. Kenapa? Jom kita tengok lirik lagu tersebut:


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikutisunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untukselamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burungterbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burungtadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan merekasampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebutdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenaiperjalanan tersebut, boleh klik sini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantaidi bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambilnyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkapkembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalamkeadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kinisudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasakekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullahmengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Bolehtak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempattak?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujuddan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!

Hm,amacam? ada rasa gementar tak? Semoga kita juga berjaya temui hakikatkehidupan. Berjaya mengenal Pencipta sekaligus mengenali diri sendiri.InsyaAllah.

Monday 24 December 2012

Mengapa Aku Harus Kehilangannya.....


Mengapa aku harus kehilangannya
Kini aku tak mengerti
Hatiku kini retak,remuk dan hancur
Dulu hatiku yang selalu senang saat bersamanya
Kini hilang harapan itu
Dia pergi
Pergi jauh dari hidupku

Seharusnya aku harus ikhlaskannya
Tapi tak boleh

Air mataku terus mengalir dan membasahi pipiku
Sekarang fikiranku hanya bagaimana boleh menyusulnya
Aku kehilangan jati diriku saat ini kerna dia
Aku hanya boleh menangis dan menangisinya
Menjerit dan rasa penyesalan yang dalam
Mengapa ku tak nyatakan rasaku padanya

Dia pergi, Dia pergi, tinggalkanku, hanya itu ucapku
Dulu waktu aku ingin ungkapkan rasaku padanya
Ternyata Dia sudah membenci dan memarahiku
Kini dia milik orang yang mencintainya
Haruskah ku rosakkannya
Tak mungkin, kini dia bahagia dengan pilihan keluarganya
Dan hari ini, saatku berencana ingin ucapkan rasaku
Tiba-tiba aku dengar dia telah diijabkabulkan
Tak terlintas difikiranku, bahawa hari ini akan menjadi hari kelabu bagiku

Cintaku Padamu


Mengapa engkau ku kenal
Dan mengapa pula aku ini mencintai mu 
Seakan aku tak bisa hidup tanpa mu  
Kerna cuma kamu lah yang ada dalam hati ku

Tapi
Semua sia-sia yang telah aku lakukan 
Pada mu kasih 
Tak terbayang kan oleh ku 

Kau telah pergi
Dimana kah perasaan mu
Kepada ku kasih 

Kini cinta ku 
Tak terbalaskan oleh mu 
Kerna kau tak mengerti
Bagaimana perasaan ku pada mu 

Dan semua akan ku simpan 
Di dalam hati ku  
Meski kau tak pantas 

Sunday 23 December 2012

Fakta Lalat...

Fakta 1: 

Jarak terbang lalat yang
dapat ditempuh seekor lalat antara 450m sampai 900m...

Fakta 2: 


Lalat bergerak ke belakang
ketika mula-mula terbang.

Fakta 3: 


Halaju lalat terbang adalah
lingkungan 2km/j


Fakta 4: 

Lalat boleh terbang dengan
kelajuan 80-110km/j dengan jarak
sehingga 700km dengan hanya
menumpang sebuah kereta!

Fakta 5:

 Lalat boleh mencapai halaju terbang maksimum 900km/j dengan jarak 1000km hanya dengan menumpang sebuah pesawat AirAsia dari Kota Kinabalu ke
KLIA!!!

Fakta 6: 

Sebuah kereta sedang bergerak dalam kelajuan 100km/j dan di dalam kereta tersebut
terdapat seekor lalat yang sedang menumpang terbang secara random. tiba-tiba bas tersebut
berhenti secara mengejut. lalat tersebut turut serta mengalami kejutan...

Fakta 7: 

vector equation

V_a = V_a/b + V_b

a = lalat, b=udara dalam kereta and a/b = a relative to b

walaupon lalat tu terbang selaju 2km/h arah yang sama dengan kereta tu, Halaju sebenar lalat itu
adalah

V_a = 2km/h + 100km/h = 102km/h.

Jika lalat tu terbang static relative to udara dalam kereta pun, halaju sebenar lalat = 100km/h.

Wednesday 12 December 2012

‎:::: Apa bayi perlukan untuk berkembang maju FULL ::::

Anda tidak memerlukan menjadi pakar dalam perkembangan bayi untuk memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang terbaik baginya. Kasih sayang, perhatian dan penjagaan asas adalah perkara-perkara utama yang perlu dan diinginkan oleh bayi anda. Untuk membantu bayi anda mencapai potensinya secara penuh, ikutilah langkah-langkah yang mudah ini. 

1. Tunjukkan kasih sayang anda
Kanak-kanak perlukan kasih sayang. Penjagaan dan sokongan anda memberikan anak anda asas yang terselamat yang membolehkan dia boleh menerokai dunia. Ini bukan merupakan nasihat bercorak demonstratif semata-mata. Kasih sayang, perhatian dan kemanjaan semasa tahun-tahun pertama kehidupan boleh mendatangkan impak atas pertumbuhan fizikal, mental dan emosi bayi anda secara langsung dan boleh diukur. 

Bagaimana anda menunjukkan kasih sayang? Peluklah dia, sentuh, senyum, beri galakan, dan beri perhatian kepada apa yang dia perkatakan dan mainlah dengan si kecil anda seberapa kerap yang mungkin. Anda tidak akan memanjakannya jika anda terus memberi perhatian apabila dia menangis, terutama sekali di sekitar usia enam bulan pertama. Sebenarnya, pakar-pakar menyatakan bahawa memberi respon kepada bayi anda apabila dia terganggu (dan juga apabila dia gembira) membantu anda membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kuat. Satu kajian berpendapat bahawa jika anda memberi respon yang cepat kepada tangisan bayi anda dalam bulan-bulan pertama dia tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar.

2. Menjaga keperluan asas bayi
Bayi anda memerlukan kesihatan dan tenaga untuk belajar dan membesar, dan anda boleh membantu dengan menyediakan keperluan asasnya. Bawa dia ke klinik bayi untuk memeriksa berat badannya secara kerap dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda jika anda mempunyai sebarang keraguan. Jangan lupa menyimpan rekod imunisasi atau pemvaksinan dalam keadaan kemaskini.

Tidur
Tidur bukan sesuatu yang membuang masa bagi bayi anda, jadi bantulah dia untuk mendapat tidur yang banyak. Semasa tidur REM (gerak mata cepat) sel-sel otak bayi anda giat membuat hubungan-hubungan penting. Sinaps-sinaps, namanya, ini adalah laluan-laluan yang membolehkan semua pembelajaran, pergerakan dan pemikiran. Ianya adalah kunci kepada pemahaman bayi anda tentang segala yang dia nampak,dengar, rasa, sentuh, dan bau semasa dia menerokai dunia. 

Pemakanan
Susu ibu atau susu formula akan menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi - antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi:
• alergi-alergi seperti asma and ekzema;
• cirit-birit;
• masalah respiratori;
• infeksi telinga.
Walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, bayi yang menerima susu formula juga berkembang maju, jadi janganlah terlalu kesal jika anda tak dapat menyusukan bayi anda.

(Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang pola tidur atau pemakanan bayi anda, bercakaplah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

Penjagaan harian
Beri perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda dengan pantas. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Anda dan bayi anda merupakan satu pasukan, dan satu daripada tugas anda ialah bagi menguruskan perkara-perkara asas supaya dia boleh meneruskan tugas-tugasnya yang mencabar! 

3. Bercakap dengan bayi anda
Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa kehamilan anda - ianya cara yang baik bagi memulakan proses pengikatan. Bercakap dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka komunikator yang baik, dan ini akan membantu mereka belajar dengan baik di sekolah dan mempunyai hidup yang bahagia dan memuaskan.

Sebaik saja anak anda dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap. 

Jangan bimbang jika apa yang diperkatakan itu bukan sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan. Sebagai contoh, "Mak sedang menuangkan air suam ke dalam besen mandi supaya kamu menjadi cantik dan bersih." Jangan cuba mengelakkan daripada mengguna tutur bayi semasa bayi anda masih muda. "Pertuturan bayi", nama baginya, digunakan di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa bayi muda sebenarnya lebih suka percakapan ini yang bernada tinggi dan perlahan digunakan oleh ibubapa apabila berkomunikasi dengan bayi mereka.

4. Membaca kepada bayi anda
Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Cerita sebelum tidur adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan. 

5. Meransang derianya
Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya. Setiap interaksi baru memberi dia informasi tentang dunia ini dan tempatnya di dalamnya. 

Kanak-kanak boleh menjadi terlalu terangsang; jangan pula anda membedil bayi anda 24 jam sehari atau cuba merangsang kesemua derianya pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, apabila dia berminat untuk bermain, sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan. Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti ba cak dan mainan tepuk tangan pat-a-cake, pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda. (Jika anda mahu mencari idea-idea mainan yang mudah untuk bermain di rumah dengan bayi, pergilah ke bahagian Mari bermain!) kami.

6. Berilah anak anda ruang untuk merayau.
Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh". Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayiseberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, dalam dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat. 

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru
Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri. 

8. Jagalah diri anda
Jika anda terasa murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, mengikut beberapa kajian. Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekal. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda. 

9. Carilah pengasuh bayi yang baik
Jika anda bekerja dan tidak dapat menjaga bayi anda semasa siang hari atau perlukan pengasuh secara kerap, pengasuhan bayi yang berkualiti tinggi adalah penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Anda mahukan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda. 
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi, saudara atau pengasuh di taman asuhan, dia mestilah berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang maju.

Monday 3 December 2012

Kehidupan Ini Untuk Apa ??


Mak ayah,

Aku menulis khas buat mak ayah yang disayangi. Banyak persoalan yang terbuku dihati. Untuk berterus terang, aku tak punya kekuatan. Untuk berbicara, lidahku kelu dengan kata-kata. Untuk bersemuka, berat untuk ku aturkan sebuah langkah. Yang mampu aku lakukan hanyalah menulis sebuah coretan yang ku hadiahkan khas buat mak ayah tersayang.

Mak ayah,

Aku tertanya-tanya. Daripada masa kecilku, seringkali ku dimarahi. Terkadang bukan atas silapku sendiri. Kesilapan adik-adik, aku yang dipersalahkan. Aku yang dihukum. Aku yang dipukul dengan rotan itu. Rotan yang sama. Dengan alasan aku yang paling sulung. Sedangkan ketika itu aku hanyalah berusia 8 tahun. Masih anak kecil yang membutuhkan perhatian. Apakah silapku menjadi anak pertama? Yang akhirnya jiwa kecilku memberontak. Dari sehari ke sehari aku berkata pada diriku sendiri. Aku ingin menutup telingaku daripada mendengar kata-kata mak ayah. Oleh sebab mak ayah sendiri tak pernah mendengar kata-kataku walaupun yang benar. Jadilah aku seorang anak yang degil.

Mak ayah,

Pada usiaku menginjak 13 tahun, aku dihantar ke sekolah berasrama penuh. Di situ, kami disuruh untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Mulanya aku liat. Terasa amat payah lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Di rumah, tak pernah pula aku diajak untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Mak ayah sekadar bertanya sama ada aku sudah solat atau belum. Di sini untuk minggu pertama, selalu aku terlambat untuk memulakan solat berjemaah bersama. Jadi, bila jemaah sudah masuk ke rakaat kedua, ketiga, keempat, aku tinggal terpinga-pinga. Bagaimana aku mahu masuk solat jemaah? Kerana mak ayah tak pernahpun mengajarku berkenaan “makmun masbuk”. Sehinggalah aku perlu belajar sendiri di sekolah.

Mak ayah,

Setelah tamat pelajaran di sekolah menengah, aku berjaya masuk ke universiti tempatan. Aku mula bergaul dengan teman-teman yang datang daripada berlainan latar belakang. Di sini aku sudah tidak di”paksa” untuk solat berjemaah lagi. Semua orang hidup dengan cara tersendiri. Pada awalnya aku masih rajin untuk pergi ke surau kolej kediaman. Tapi, lama kelamaan aku sangat sibuk dengan assignments yang bertimbunan. Solat pun makin aku lambat-lambatkan. Terkadang aku cepat-cepat solat untuk mengejar waktu menghadiri kuliah. Bila menelefon mak ayah, mak ayah tak pernah bertanyakan tentang solatku. Jadi tinggallah aku untuk menentukan cara hidupku sendiri. Solatku tetap tak pernah ku tinggalkan, namun hatiku sedikitpun tak terasa bertaut dengan ibadahku. Aku lakukan hanya sekadar untuk melengkapkan rutin harian.

Mak ayah,

Makin lama aku terasa diriku makin kosong. Aku seperti hilang arah tujuan. Aku penat dengan studyku. Aku penat dengan kehidupanku. Aku tiba-tiba bertanya kepada diriku sendiri. Sebenarnya, untuk apa aku hidup di dunia ini? Adakah semata-mata untuk study? Adakah semata-mata untuk mengumpul kekayaan? Adakah semata-mata untuk bekerja? Adakah semata-mata untuk berkahwin, mempunyai anak? Dan selepas tu??

Mak ayah,

Pada suatu hari, aku bertanya kepada seorang kakak yang rapat denganku kerana aku bingung tentang apa makna sebuah kehidupan. Dia yang tersenyum mesra terus menyebut bait-bait ayat Al-Quran yang selalu aku baca, tapi tak pernah sedikitpun aku tahu maksudnya,

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Adz-Zariyat:56)
“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang berada di antara keduanya kecuali dengan Haq” (Al-Hijr:85)

“Bukankah Aku telah mengambil perjanjian (perintahkan) kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan):hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus“ (Yasin:60-61)

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

Mak ayah,

Di usiaku yang sudah menginjak 22 tahun, barulah aku tahu apa tujuan aku diciptakan oleh Allah. Kenapa sebelum ini mak dan ayah tak pernahpun memberitahu aku tentang hal ini? Betul, aku diajar solat, diajar mengaji, disuruh puasa, tapi tak sedikitpun aku diterangkan dengan apa maksud yang sebenar-benarnya tentang setiap ibadah yang aku lakukan melainkan hanya mengikut apa yang dibuat mak dan ayah. Perjalanan kehidupanku yang dibiarkan bebas sendirian.

Mak ayah,

Aku kan anakmu. Aku kan adalah amanah Allah untukmu. Tapi adakah kalian telah melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadamu. Di mana janjimu pada Allah tika mana Dia menganugerahkan aku pada kalian berdua? Di mana janjimu pada Allah untuk menunjukkan kepadaku jalan mana yang sepatutnya aku ikuti? Jalan yang akan mendekatkan aku dengan Yang Maha Esa. Aku dibiarkan hanyut dalam gelombang kehidupan, ibadah yang diringan-ringankan, pergaulan lelaki dan perempuan yang tiada batasan, pakaianku yang membalut aurat dibiarkan, cukuplah selagi aku masih bertudung. Adakah sehelai tudung cukup untuk mendefinasikan kehidupan sebenar seorang Muslimah?

Mak ayah,

Aku tak tahu. Tolong, ajarilah aku apa makna sebenar sebuah kehidupan. Dalam neraca Islam.

Salam sayang,

Anakmu.

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak adalah anugerah Allah. Yang dilahirkan suci bersih ibarat kain putih. Ibubapalah yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorakkannya.

Nota yang ditulis di atas adalah sekadar satu rekaan. Tapi jika kita perhatikan secara realitinya, tidak mustahil untuk ada dikalangan anak-anak yang mungkin ingin meluahkan hal yang sama dengan tulisan di atas. Anak-anak yang tertanya-tanya, adakah ibubapa sudah melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah kepada mereka. Tanggungjawab untuk mengajarkan anak-anak tentang ilmu agama yang secukupnya, tentang Islam yang sebenar-benarnya, tentang matlamat kita hidup di dunia.

Dan jika soalan ini tidak ditanyakan di sini, mungkin bakal dipersoalkan di akhirat nanti.
Cukupkah sekadar menyuruh solat lima waktu? Cukupkah sekadar mengajar bagaimana membaca Al-Quran? Cukupkah sekadar mengajak puasa bersama-sama? Cukupkah sekadar menghantar anak-anak menghadiri kelas-kelas agama? Tanpa kita sendiri yang menunjukkan tauladan yang sebenarnya kepada anak-anak. Tanpa diberikan penjelasan yang mendalam tentang Islam, tanpa memberikan kefahaman sejelas-jelasnya kepada anak-anak bahawa Islam itu bukan sekadar sebuah agama semata-mata. Sedangkan Islam yang sebenar-benarnya adalah satu cara hidup. Islam is the way of life.

Saya teringat pertanyaan seorang kakak kepada saya pada awal tahun ini. Persoalannya tentang apakah yang membezakan kita seorang manusia sebagai ibu kepada seorang anak jika hendak dibandingkan dengan seekor buaya yang merupakan ibu kepada anaknya.

Kelu untuk memberikan jawapan selain daripada perbezaan manusia dan seekor buaya, kakak itu tersenyum sambil berkata bahawa perbezaannya adalah di mana seekor ibu buaya hanya mengajar anaknya cara untuk survive di dunia. Cara untuk mencari bekalan untuk hidup supaya tidak mati kelaparan dan juga cara bagaimana untuk melarikan diri daripada pemangsa dan pemburu untuk meneruskan kehidupan.

Berbeza dengan seorang manusia sebagai ibu. Seorang manusia bukan hanya mengajar anaknya bagaimana mencari bekalan untuk meneruskan hidup di dunia, tapi juga bagaimana caranya untuk mencari bekalan yang cukup untuk dibawa ke akhirat sana.

Ini mungkin hanyalah sekadar sebuah perumpamaan untuk membuatkan kita benar-benar berfikir. Untuk kita imbas kembali perjalanan sebuah kehidupan.

Bagi yang sudah mempunyai anak, sebanyak mana sudah ilmu agama telah kita ajarkan kepada anak-anak. Adakah benar cara kita membesarkan anak-anak sudah selari dengan apa yang dituntut Islam?
Bagi yang belum mempunyai anak, sebanyak mana pula persiapan yang ada pada diri sendiri untuk mengajarkan tentang Islam kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Sebanyak mana guidelines yang mampu kita berikan kepada anak-anak untuk menuntun diri mereka dalam misi mencari bekalan secukupnya sebelum pulang ke kediaman yang abadi di akhirat nanti. Jangan kita menyamakan diri sendiri dengan ibu buaya, menunjukkan anak-anak jalan untuk mendapatkan bekalan sekadar cukup untuk hidup di dunia saja.

Benar, jika terdapat kekurangan di mana-mana, kesalahan bukanlah terletak sepenuhnya ke atas ibubapa yang mungkin masih belum menyedari hakikat kehidupan yang sebenar. Namun, bagi kita yang sudah disapa hidayah kesedaran, yang tahu makna sebenar sebuah kehidupan, biarlah kita yang meletakkan diri sebagai peneraju untuk menjadi ibubapa contoh dalam membina generasi harapan seterusnya. Biar si kecil itu tahu apa matlamat hidupnya di dunia. Biar si kecil itu sedar apa agenda yang perlu dia bawa sepanjang hidupnya.

Jadi, dengan waktu yang masih tersisa, mari kita sama-sama memperbaiki diri sendiri untuk memimpin cahaya mata penyejuk hati. Moga mampu kita tersenyum bangga di kemudian hari sambil berkata, 

 “Itulah anak kami.” Satu kata yang bakal dirindui untuk disebut di syurga nanti.

“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak-anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan…” (Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib)

Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat


Salah satu amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang sebenarnya masih sangat awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap wajah setelah solat. Mereka berpendapat bahwa ini adalah bid’ah kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukan. Maka dari itu, perkara ini perlulah dijawab secara ilmiah.


Seperti yang telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad SAW bukan berarti perkara tersebut adalah bid’ah yang sesat @ haram @ kalau melakukan maka akan masuk neraka.
Maka dalam hal ini, seorang ulama pembenteng Ahli Sunnah wal Jamaah di Indonesia telah menjawab isu ini di dalam kitabnya berjudul al-Hujjaj al-Qath’iyyah fi Shihhah al-Mu’taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, 


Page 66:
Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa. Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut:
عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه


diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta’ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat.


Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: “Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan” (al-Azkar, 69).

Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya.


Wednesday 8 August 2012

Hikmah 10 jari kaki dan tangan pada Manusia..


Setiap manusia mempunyai 5 jari....Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.
 
Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'
 
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah. ....begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam
 
Gunakan kehebatan dan keistimewaan jari-jari tanggan anda....
 
Allah sayang orang muda yang berbuat amal.
Allah benci orang tua yang berbuat maksiat.
Waallahu aalam. 
(sekadar peringatan sahaja) 
Dari an-Nu'man bin Basyir r.a., katanya:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seseorang yang di bahagian bawah kedua kakinya diletakkan dua buah bara api yang dengannya itu mendidihlah otaknya.
 
Orang itu tidak percaya bahawa ada orang yang mendapat siksaan yang lebih teruk daripada dirinya, padahal dialah yang teringan sekali siksanya." (Muttafaq 'alaih)
 
-Berpesan-pesan sesama insan-

Haram Memakai Emas Bagi Lelaki


Riwayat: 
Bukhari dan Muslim
Hadith:

Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, “Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)”.

Dalam riwayat lain, ditambah perkara yang disuruh mengerjakannya iaitu: menanyakan barang yang hilang dan belum dijumpai.

Huraian Hadith:

1. Melepaskan sumpah orang yang bersumpah bermaksud, melaksanakan apa yang diminta secara bersunggguh-sungguh engkau melakukannya sehingga menyebabkan dia bersumpah, seperti katanya: 

“Demi Allah, engkau mesti melakukan sekian dan sekian.

2.  Lapan perkara yang disuruh oleh nabi SAW iaitu: 
  • Memberi salam apabila bertemu.
  • Memenuhi undangan.
  • Memberi nasihat jika diminta.
  • Mendoakan dengan ucapan “يرحمك الله” setelah orang bersin menyebut “الحمد لله”.
  • Menziarahi orang yang sakit.
  • Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
  • Menoling orang yang dizalimi.
  • Menanyakan barang yang hilang (menghebahkan)
3.   Perkara-perkara yang dilarang oleh nabi melakukannya:
  • Memakai cincin emas bagi lelaki dan bukan bagi perempuan.
  • Minum dengan menggunakan bekas emas dan perak bagi lelaki maupun perempuan.
  • Menggunakan lapik duduk yang diperbuat daripada sutera yang diisi degan kapas atau sebagainya bagi lelaki.
  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan campuran dengan yang lain, sutera yang dipanggil ‘Istibrak’ dan sutera tebal yang dipanggil ‘Dibaj’ (semuanya bagi lelaki).