Just The Way I'm

Just The Way I'm

Thursday 19 January 2012

ohhhhhhhhh kak jat

Shahrizat saman Rafizi, Zuraida atas tuduhan seleweng dana NFC


-->Datuk Seri Shahrizat Jalil telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa beliau terlibat dalam penyelewengan dana kerajaan untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
January 19, 2012
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (gambar)ini turut menamakan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam writ saman, lapor Star Online hari ini.
Saman itu dibuat selepas pelbagai tuduhan dilemparkan PKR terhadap Shahrizat bahawa pemimpin Wanita Umno itu menyalahguna dana kerajaan yang bernilai jutaan ringgit untuk menanggung perbelanjaan peribadi.
Projek ternakan lembu itu diuruskan suami Shahrizat Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak mereka.
Projek itu menjadi perhatian media negara selepas Laporan Ketua Audit Negara tahun lepas dan terus mendapat publisiti meluas selepas dikaitkan dengan keluarga Shahrizat.
PKR telah membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah oleh NFC di Bangsar, Kuala Lumpur, dan didakwa menggunakan dana itu untuk menanggung perbelanjaan Shahrizat dan keluarga.
Pembangkang mengatakan keluarga Shahrizat telah menggunakan hampir RM600,000 dari dana projek NFC untuk menyelesaikan bayaran kad kredit mereka pada 2009.
Bagaimanapun pengurusan NFC menegaskan penggunaan kad kredit itu hanya digunakan untuk tujuan perniagaan.
Ia turut menafikan dakwaan bahawa dana sebanyak RM250 juta itu telah disalurkan ke dalam akaun-akaunnya sebelum perjanjian pinjaman ditandatangani.
Shahrizat memohon cuti tiga minggu dari bertugas minggu lepas selepas tuduhan rasuah dalam projek NFC itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan kerajaan akan melantik juruaudit untuk meneliti akaun NFC.
Rafizi hari ini menggesa kerajaan membuat keputusan dan kesimpulan dengan membentangkan di Parlimen.

sumber:Insider

No comments:

Post a Comment