Kecantikan adalah subjektif dan
kita semua pasti sudah biasa mendengar frasa lama yang berbunyi
"Kecantikan terletak pada sang penglihat". Namun, sudah menjadi
naluri semula jadi bagi seorang manusia untuk tidak berpuas hati dengan rupa
fizikal yang ada, baik dari segi wajah, saiz badan mahupun jenis rambut.
Tetapi, sedarkah anda bahawa kecacatan yang jelas ternampak pada diri sebenarnya memberikan keunikan rupa? Dengan hanya memerlukan daya keyakinan yang tinggi, kekurangan yang ada mampu membuatkan anda menjadi daya tarikan ramai.
Jika anda masih sukar untuk percaya, berikut adalah senarai kecacatan yang turut dialami oleh selebriti popular tetapi disebabkan oleh personaliti menarik, mampu membuatkan mereka nampak lebih cantik.
Tahi lalat
Melainkan terdapatnya simptom kanser kulit yang juga dikenali sebagai melanoma malignan, tahi lalat yang ada pada wajah ataupun di tubuh badan tidak wajar dibuang kerana ianya membuatkan anda kelihatan lebih manis. Lihatlah saja Eva Mendes.
Gigi jarang / senget
Keadaan gigi yang tidak teratur memang memalukan dan seringkali pendakap gigi digunakan untuk mendapatkan gigi yang sempurna. Tetapi, jika kecacatan yang ada itu hanya kecil dan tidak begitu ketara, apalah salahnya kita gunakan sahaja keunikan yang ada seperti Anna Paquin atau Jewel.
Kulit berbintik
Tidak dinafikan, semua wanita inginkan kulit yang licin dan tanpa noda. Namun, jangan terkejut sekiranya ada juga jejaka yang suka akan bintikan yang hadir pada kulit anda kerana bintikan tersebut sebenarnya menunjukkan personaliti anda yang aktif dan gemar berada di bawah matahari. Lindsay Lohan adalah antara selebriti yang masih kelihatan menawan walaupun terdapat bintikan pada kulitnya.
Lesung pipit
Secara saintifiknya, lesung pipit merupakan kecacatan pada kulit yang disebabkan oleh otot yang tidak terbentuk dengan betul di bahagian tulang pipi dan rahang. Namun, siapa boleh sangka kekurangan tersebut memberikan kesan wajah yang lebih muda dan menarik perhatian ramai? Lihat saja Jennifer Garner dan Cheryl Cole.
Parut / tanda lahir
Benar, parut atau tanda lahir yang hadir pada badan sering menaikkan tanda soal bagi sesiapa yang melihat, membuatkan anda berasa malu dengan kewujudannya. Tetapi, adakalanya cara terbaik untuk merawat kecacatan tersebut terletak pada tahap keyakinan diri anda, seperti model ternama, Padma Lakshmi, dengan parut besar di bahu kanannya yang diakibatkan oleh kemalangan jalan raya.
Rambut beruban
Selebriti seperti Diane Keaton telah berjaya membuktikan bahawa seorang wanita masih boleh nampak cantik dan bergaya, walaupun dengan rambut beruban.
Wajah tak bersimetri
Tidak semua dilahirkan dengan wajah bersimetri ala seorang model. Tetapi, adakah itu sahaja ukuran kecantikan? Tidak sama sekali. Jika anda perhatikan saja pada Rihanna, seorang penyanyi jelita yang menjadi kegilaan ramai, anda boleh lihat bahawa saiz kedua-dua pasang matanya tidak sama, dan kekurangan tersebutlah yang membuatkan renungannya tampak menggoda.

No comments:
Post a Comment