Just The Way I'm

Just The Way I'm

Wednesday 1 February 2012

Peguam dicari polis berada di Dubai, nafi larikan diri

KUALA LUMPUR: Peguam Kamal Hisham Jaafar yang kini dicari polis bagi membantu siasatan kes pecah amanah membabitkan kerugian RM660,000 milik sebuah syarikat kini berada di Dubai dan sedia memberi kerjasama kepada pihak polis dengan syarat keselamatan dirinya terjamin. 


Beliau turut menafikan melarikan diri daripada kes itu serta sukar dihubungi.
Dalam satu sidang media yang diatur oleh rakan kongsinya, Rozana Shamsuddin dan peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos di pejabat firma guaman di Jalan Tun Razak di sini, Kamal Hisham yang berada di Dubai dan dihubungi menerusi telefon, berkata beliau sedia kerjasama dengan polis untuk membersihkan namanya serta bersedia untuk pulang ke tanah air asalkan keadaan keselamatan terjamin.


"Sehingga kini tiada pun pihak polis menghubungi saya. Ini satu kes penganiayaan terhadap saya," katanya melalui perbualan telefon itu. 


Rozana berkata, Kamal Hisham berada di Dubai kerana menguruskan pejabat konsultan guaman di sana sejak April tahun lalu dan beliau akan menunaikan umrah selama dua minggu mulai Sabtu ini. 


"Pihak polis tidak pernah menghubungi peguam, keluarga dan pejabat Kamal Hisham untuk sebarang pertanyaan dalam kes ini," katanya. 
Rozana berkata, Kamal Hisham boleh dihubungi di talian 019-7000006 atau telefon pejabatnya di Dubai +971557972468 dan tidak perlu menggunakan khidmat Interpol. 

Semalam, Polis Johor mengumumkan pihaknya akan mendapatkan bantuan polis Interpol untuk mengesan Kamal Hisham. 

Jahaberdeen pula berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menjamin keselamatan Kamal Hisham apabila beliau pulang ke tanah air bagi memberikan keterangan. 

"Berdasarkan laporan media hari ini, serta kes itu, ianya mungkin ada sedikit komplikasi dan kami harap pihak polis dapat memberi jaminan terhadap keselamatan dan kebebasan untuk dia kerjasama dalam kes ini," katanya. - BERNAMA 



--->Kamal Hisham x bersalah

No comments:

Post a Comment