Perbuatan dan tingkah laku seseorang membolehkan individu-
individu lain mempunyai persepsi imej mengenai diri anda.
Apabila kita menunjukkan perilaku positif, individu-individu
lain mempunyai persepsi imej positif berkaitan dengan diri kita.
Ini menyebabkan individu-individu lain bercakap dan melayani
kita dengan cara-cara positif, begitu juga sebaliknya.
Walaupun individu-individu lain menilai perbuatan kita tetapi
kita sendiri juga mentafsir dan menilai tingkahlaku kita sendiri.
Lalu bagaimanakah seseorang itu mentafsir tingkah lakunya
sendiri? Penilaian yang dilakukan kepada dirinya sendiri dapat
membentuk konsep diri yang baik bagi seseorang individu.
Contohnya, seseorang itu percaya sifat murah hati adalah sifat
yang baik. Setiap kali dia bersedekah, dia menilai perbuatannya
itu dan merasa gembira dengan tingkah lakunya. Dia melihat
dirinya sebagai seorang yang pemurah lalu mempunyai konsep
diri yang positif. Pangkal asasnya bertitik tolak dari diri kita
sendiri juga mahu menilai diri demi perubahan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment