Just The Way I'm

Just The Way I'm

Wednesday, 11 July 2012

Memaafkan Untuk Syurga


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu." Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk. Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain. Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam,
aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Are you IN DENIAL?


Soalan penting minggu ini adalah… “Adakah anda menipu diri anda sendiri dan hidup dalam penafian?”

Hidup dalam penafian – Bermaksud apabila kita benar-benar cinta dan sayang pasangan kita sekian lama tetapi setiap kali itu juga kita yang memberi alasan untuk dia, dengan MENAFIKAN kecurangan, penipuan serta kejahatannya selama ini.

It’s livin’ in denial – Something yang tanpa disedari, ramai melakukannya apabila kita benar-benar cintakan seseorang…dan HANYA kerana cinta,  kita ‘backing’ atau siap tolong ‘cover’ lagi untuk dia pulak, adoi 
·         So, adakah anda seumpama itu? Adakah anda suka menafikan untuk pasangan anda? Adakah anda suka memberi alasan untuk dia dan tidak mahu menerima yang pasangan anda itu PENUH TIPU DAYA?

Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… Are you IN DENIAL?

1.  Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan BERTAHUN kita bersusah payah untuk bersama sebelum ni!”

2.  Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa”

3.  Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” – hehehe… selalu bersama?

4.  Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.” – hehe 

5.  Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, dan anda sendiri merasa sudah kurang mesra, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah!”

6.  Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” – hahaha definitely in denial for sure!

7.  Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasangan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”

8.  Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”

9.  Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir,“Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”
10.  Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama perempuan lain, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia  janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?

YOU’RE DEFINITELY IN DENIAL …


you sedar dan tahu you ditipu dan diperdaya tetapi you pula tak nak terima, malah menipu diri sendiri pula. ADOI!  …beb, if you berada dalam salah satu situasi ini – 10 tanda-tanda ini, for sure you hidup dalam penafian yang amat kritikal!

YES…kita kena fikir positif, fikir there’s a light at the end of the tunnel…tetapi kalau dah terang-terang nampak tu, janganlah BUTAKAN MATA pulak hehe :) …jangan hidup dalam penafian atau livin’ in denial, hanya kerana sayang, hanya kerana cinta, kerana nanti you juga yang akan rugi dan at LOST!

Anda fikir dengan memberi alasan untuk dia dan cover keburukan dia, tutup jahat dia, ianya akan memanjangkan perhubungan anda dan mengekalkan percintaan itu? Nooo…sebaliknya, anda hanya memanjangkan lagi kesengsaraan anda. Kerana you yang hidup menderita kerana you tahu dia hanya penipu besar, ‘full of crap!”

·         I faham… kita sebagai kekasih/ suami/ isteri pastinya akan menyembunyi keburukannya dari orang, takkan kita nak pergi heboh kat kawan-kawan, kat sedara mara, tak baiklah kan.

·         Amat tidak elok jika kita ceritakan semua perkara yang tak baik, yang buruk tentang pasangan kita kat masyarakat atau keluarga kita sendiri kan… Lagi pun berdosa membuka pekung di dada, atau menghebohkan perihal keburukan pasangan kita sendiri… BUT, …it’s BIG BUT,

·         Kita seharusnya peka, dengar dulu,  atau prihatin dengan cerita atau berita tentang pasangan kita tu dan SELIDIKI secara menyeluruh samada ianya benar atau tidak. JANGAN kita terus saja menolak dan MENAFIKAN 100%  just because you’re in love – BE CURIOUS! …

Dengan artikel ini, semua akan sedar dan mengambil actions untuk berubah menjadi orang yang menghargai diri sendiri dan menyayangi masa depan serta menghormati maruah keluarga. You don’t have to be afraid to get out of the relationship…because it’s your life, your future….

Most of us selalu dengar quote ni kan, “Better to be single but happy than married but miserable!” …so wake up guys/gals and choose your destiny wisely, today!

Sebelum !!


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahwa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahwa kita masih hidup ! 


Tuesday, 10 July 2012

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI



Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa ...
di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Wednesday, 4 July 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?

Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.
Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa!

Pertama. Lihatlah pengalian dibawah Masjid Al-Aqsa...cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat ini untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam. Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa suatu hari nanti iaitu Qiblat pertama bagi umat Islam sebelum Masjidil Haram.






Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini! Ini satu kebenaran yang mengejutkan.




Gambar dari Kuil Zionis. Ini adalah struktur pertama kali dikembangkan oleh Zionis di depan Masjid Al-Aqsa





Imaginasi dari pelukis kesan Kuil Solomon




Gambar keretakan tiang besar, lantai dan dinding Masjidil Al-Aqsa akibat dari kerja-kerja penggalian di bawah Masjidil Al-Aqsa.







Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "DOME OF THE ROCK. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Penulis pun baru tahu selepas dikelirukan oleh media barat.

Ini merupakan cara ZIONIST, sehingga Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak perasan dan tahu kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjid yang sebenarnya.



Keretakan di laman dan di dalam masjidil Al-Aqsa. Masjid "DOME OF THE ROCK" yang dilatar belakang.







Kenapa harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang di kehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S dan rahsia yang tertanam di bawah Masjidil A-Aqsa

• Balik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman".

• Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

• Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja.

• Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.

• Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

• Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

• Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.

• Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan). Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.

• Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama "Free Mason". Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia.

Semua dengan satu tujuan iaitu melayani "Allah" Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh "semua melihat" SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.


WARNS US AGAINST THE BEING WITH THE “ONE” EYE.


• Kalau tak percaya? Lihatlah bahagian belakang bil Dolar AS - semua melihat satu mata di sana! simbol dimerata-rata. Amerika adalah negara pertama di dunia Masonik. Ada banyak kajian yang menyokong tuntutan ini, bukti mengejutkan, wawancara, adalah "RAHSIA" pengetahuan alam semesta ini yang masyarakatnya yang memiliki tuntutan. Sebenarnya mengamal ilmu hitam iaitu ritual sihir. Ini adalah "rahsia" mereka selalu berbicara tentang menguasai masa depan anda, mencipta kekayaan dengan meminta alam semesta untuk memberikannya kepada anda rohani, tidak berugama dll. Ini adalah bertentangan dengan Islam di mana iman kita dan kepercayaan kepada Allah SWT untuk tawakal kepadaNya. Itu sebabnya sebahagian orang Islam yang murtad kerana melihat Syaitan dan Iblis merupai Nabi Isa mendatangi mereka dan menolong mereka semasa dalam kecemasan. Dan mereka mempercayai Nabi Isa AS, tetapi sebenarnya kerja-kerja setan!







Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan dewa mereka iaitu "Dajjal".



Apa yang Islam dan Nabi Muhammad SAW memperingati kita tentang kedatangan dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah di mana Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman RasuluLlah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan." Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.

Jadi di mana kuil asal dari Zionisme?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana.

Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.

• Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Mereka perlu dan niat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. Dan inilah mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, dan menggambarkan akhir zaman, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa....Allah hu akbar!


MEREKA memuliakan Tuhan MEREKA yang bermata satu! Astaghfirullah!.













Wasallam. Jazakallah Khairan

BERTUDUNG MENUTUP AURAT ATAU BERFESYEN ??


Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka  sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh.
 
Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar  batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
 
Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
 
Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan  tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, Ayat 31).
 
Namun, dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, masih terdapat segelintir wanita Muslim yang alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada. Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.
 
Seseorang yang masih tidak dapat diiktiraf sebagai menutup aurat iaitu wanita yang berpakaian tetapi dilihat “bertelanjang”. Hal ini kerana, masih ramai wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk atau susuk badannya dan mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki yang bukan mahram melihatnya. Jika ada sekelumit perasaan megah dan bangga diri dengan apa yang dipakai saban itu turut mengudang dosa.
 
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya.” (Riwayat Muslim).
 
Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata tetapi demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu berpakaian dengan sempurna pasti dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.
 
Oleh itu, setiap wanita bertudung perlu segera membetulkan prinsip dan niat mereka bertudung hanya kerana Allah serta menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Jika mereka sentiasa mengikut syariat setiap masa memakainya dikira sebagai ibadah. Setiap perkara yang diperintahkan itu pasti mempunyai hikmah dan ganjaran daripada Allah.
 
Antara hikmah menutup aurat ialah dapat menjaga maruah dan kehormatan diri serta menutup peluang orang lain terbabit dengan dosa akibat melihat aurat yang sengaja didedahkan. Wanita juga diperintahkan Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna untuk membezakan antara wanita Islam dan kafir. Bertudung juga merupakan identiti wanita Islam sebagai suatu benteng untuk melindungi kehormatan diri. Sebagaimana yang kita tahu, harga diri setiap wanita sangat tinggi nilainya. Disebabkan itulah, Allah memerintah seseorang wanita yang sudah baligh wajib menutup aurat sehingga menutupi seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.
 
Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan syariat Islam. Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim. Wanita juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan (tabarruj) sehingga menarik perhatian orang ramai.
 

10 PESANAN BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN..



1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.