Just The Way I'm

Just The Way I'm

Tuesday, 7 February 2012

MEMANG !!

Memang ALLAH Sengaja.... 
* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya kita 
dapat menjadi penilai yg baik. 



* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya kita 
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg 
sentiasa mengharapkan pertolongan 
ALLAH. 



* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang g salah supaya kita 
dapat KASIH SAYANG YANG 
TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 



* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya 
kitasedar bahawa ALLAH MAHA 
PEMURAH & PENYAYANG kerana 
mengingatkan kita bahawa dia bukanlah 
pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan 
kita pada masa depan... 



* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya kita 
dapat mengutip pengalaman yg tak 
semua orang berpeluang untuk 
mengalaminya. 
* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya kita 
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 
* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya kita 
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK 
HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 



* Memang ALLAH sengaja menemukan 
kita dengan orang yg salah supaya kita 
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK 
SELAMANYA KEKAL. 
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan 
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa 
kehidupan kita makin sampai ke 
penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri 
tak pasti samada menjadi milik kita. 
Gapailah keredhaan ALLAH dengan 
melaksanakan suruhan-NYA, dan 
meninggalkan laranganNYA. . 



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu 
untuk menolak permintaan hamba-NYA 
yang menadah tangan meminta dengan 
penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

apa itu TEMAN??

Teman...

Menjadi seorang teman tidak sesukar mana..
Dalam 5 minit perkenalan kau sudah menjadi temanku.
Just say "hai" "hello" kau menjadi semakin ramah denganku..

Sayang..
Dari menjadi seorang teman yang akrab, timbul perasaan sayang..
Sakit demam kau tiba2 aku menjadi peduli..
owh itu menunjukkan aku mula menyayangi kau.

Kasih...
Tanpa aku sedari sayang...

Friday, 3 February 2012

Politik sikit boley???

 
 
Kebangkitan
 
Apakah situasi semasa bakal membawa kita kepada satu gelombang baru kebangkitan Ummah setelah direntap dan dihenyak begitu teruk oleh para politikus yang ghairah berlumba untuk menawan Putrajaya? Harap pandangan ini tidak dianggap keterlaluan atas dasar bersangka baik kepada Maha Pencipta.
 
Kegoyahan Islam di dalam negara ini tentu amat menyesakkan nafas semua penganut Islam yang jujur terhadap agamanya, sayang kepada jemaahnya dan kasih kepada ulamanya. Semua amat maklum bahawa Islam sedang dihimpit dan bakal tewas di tangan manusia rakus yang sedang merencanakan helah belakang tabir sama ada untuk mengekal ataupun merampas kuasa. Situasi getir yang amat memilukan kita semua, Islam telah dimangsakan dengan cara yang tidak sepatutnya.
 
Institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu juga ikut terancam dalam percaturan politik kotor yang mula mengambil tempat. Turut tercemar ialah dominan bangsa watan semakin terhakis yang akan menyebabkan kehilangan tampuk kuasa. Terasa seperti ada suntikan racun dari luar supaya Islam menjadi rosak dan akan beransur-ansur lenyap dari hati sanubari umat Islam di negara ini. 
 
Perencana yang sekian lama ingin melumpuhkan kekuatan Islam bagi memudahkan laluan mewujudkan Kerajaan Dunia Baru berkiblat kepada satu agama baru menyembah syaitan (lucifer). Itulah sebabnya Illuminati melalui Soros dan NED bersungguh-sungguh membina jalinan rangkaian Islam Liberal dan sanggup mendanai berbillion dollar untuk melumpuhkan kekuatan Ahlis Sunnah wal Jamaah. Melalui Islam Liberal (Islam pada nama) ini akhirnya beransur-ansur menerima semua agama adalah setaraf termasuk penyembah berhala.
 
Kekangan terkuat yang menghalang penyebaran Islam Liberal ini hanyalah Malaysia dan Brunei. Ia menjadi sesuatu yang cukup menarik ketika membincangkan isu berkait dengan konspirasi Yahudi dan kaitannya dengan peristiwa akhir zaman. Walaupun Indonesia mempunyai jumlah penganut Islam teramai dan tidak menghadapi tekanan dari kaum pendatang seperti Malaysia, Islam Liberal sudah lama berkembang di sana dan kini sedang galak menghakis pegangan akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Peristiwa malang bagi Indonesia yang sepatutnya menjadi benteng yang lebih kukuh berbanding malaysia.
 
Apakah perancangan Allah terhadap bangsa Melayu ini? Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya. Namun keadaan semasa memang cukup getir, kita umat Islam sedang menghadapi kerisis yang terhebat dalam sejarah. Illuminati telah menanam benih perpecahan sejak 100 tahun lampau, namun masih lagi gagal merosakkan perpaduan Ummah. Melalui kepimpinan bangsa sendiri yang dilatih memakai pakaian sekular, lama kelamaan kita telah terhasut untuk meninggalkan tatacara Islam dan mula mengejar kemajuan (duniawi).
 
Dengan kasih Allah, kita masih lagi mempunyai ulama yang kuat berpegang kepada Islam sejati walaupun terpaksa bertahan dalam diam. Kini atas kehendakNya jua berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Kejadian beberapa peristiawa telah mencetuskan satu gelombang baru yang mahu tidak mahu semua terpaksa menerima kehadirannya.  
 
Kita percaya Allah tidak akan meninggalkan kita sendirian dalam pahit getir menempuh fitnah zaman. Dia tahu masih ada yang setia bermunajat dan berdoa sepanjang malam memohon perlindungannya, memohon agar bangsa ini diselamatkan walaupun sebahagian besar sedang leka bermain dengan nafsu syahwat.
 
Sebahagian dari kita yang telah diperangkap oleh jaringan politik mungkin agak resah untuk menerima sesuatu yang baru muncul. Akan berlaku kesukaran meninggalkan sesuatu yang telah sekian lama menjadi pakaian. Namun andainya kita dipilih olehNya untuk ikut serta membangunkan ummah ini, nescaya akan mendapat cahaya walaupun sebelum itu ia seorang yang pasik. KehendakNya akan menjadi kenyataan (kun fayakun). Apa yang penting bagi kita ialah keikhlasan mutlak sebagai Muslim dan Mukmin. Nescaya akan mendapat bantuan.
 
Bagi golongan yang terselamat dari jerat dunia politik ketaksuban (setakat menggunakan saluran politik dalam memilih pemimpin) akan lebih mudah menerima sentuhan gelombang ini dengan syarat ada sedikit rasa kasih pada agama.
 
Semoga gelombang ini akan terus semarak menghakis fitnah Dajjal yang sekian lama menghantui pemikiran kita semua. Amat diharapkan ia menjadi titik tolak manusia ikhlas berjuang kerana Allah Subhana Wa Taala untuk membuang segala daki sekularisma yang semakin menebal. Kita doakan kejayaan kepimpinan ulama mukhlisin ini dan berharap Allah subhana wa Taala melimpahkan rahmat dan pertolongan memudahkan urusan mereka. InsyaAllah.
 
Memandangkan kita masih lagi dikepung oleh pagar sekularisma (hanya jenerasi sekarang yang memahaminya), kita terpaksa ikut bermain kompang dan berdendang siasah. Apa yang membezakan dari pemain sekuler tulin ialah "keikhlasan" Lillahi Taala. Cara penampilannya sedikit berbeza dari kelaziman. Mereka tiada ketua mutlak sebagaimana pemain politik semasa. Tidak akan berlaku perlumbaan, pertandingan atau jatuh menjatuhkan, pengkhianatan, pancung memancung sebagaimana tradisi politkus semasa.
 
Amatlah diharapkan ia akan berlaku seperti ini. NGOs bersatu akan memberi baiah kepada sesaorang sebagai pemimpin (bukan ketua). Itulah bentuk khilafah yang kita cari. Setiap ahli NGO akan bermukim dibawah pemimpinnya dan memberi baiah kepada pemimpinnya sendiri, dan pemimpinnya pula memberi baiah kepada salah seorang dari mereka sebagai pemimpin yang memegang amanah keseluruhan ahli. Jika ini berlaku, ia akan menjadi sangat cantik.
 
Andai ada pemuka baru yang lebih menonjol atau berkeupayaan, pemimpin sedia ada akan memberi baiah kepadanya untuk dilantik sebagai pemegang amanah atau pemimpin baru jemaah. Itu bermakna mereka berkerja untuk Allah, bukan untuk diri mereka sendiri. Andainya ini yang belaku, seluruh ummah wajib bersetia memberi baiah kepada mereka untuk melakukan pembersihan. Hayat dunia sekular akan ditamatkan di bumi bertuah ini. Semoga Allah perkenankan permohonan hamba-hambaNya yang sekian lama menderita dibawah sistem Yahudi ini. Perkenankanlah doa kami Ya Allah........

 
Saya amat hargai ulasan politik dibawah walaupun ia hanya berkisar disatu sudud sempit sekularisma. Telitilah dengan hati terbuka dan cuba kaitkan dengan apa yang telah saya sebutkan di atas.
 
Kuasa Ketiga Politik: Dr. Hasan Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Nasa...

Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan Pas kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat. Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

Pas kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar. Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam Pas.

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden Pas, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim. Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr. Hasan adalah disengajakan? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas? Beliau tahu Dr. Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja pakatan pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut? Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr. Harun Din, timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden Pas dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan.

Nilai Diri Korang MACAM MANA??

Perbuatan dan tingkah laku seseorang membolehkan individu-
individu  lain  mempunyai  persepsi  imej  mengenai diri anda. 
Apabila  kita  menunjukkan  perilaku  positif, individu-individu 
lain mempunyai persepsi imej positif berkaitan dengan diri kita. 
Ini menyebabkan individu-individu lain bercakap dan melayani 
kita dengan cara-cara positif, begitu juga sebaliknya.

Walaupun  individu-individu  lain  menilai perbuatan kita tetapi 
kita sendiri juga mentafsir dan menilai tingkahlaku kita sendiri. 
Lalu  bagaimanakah  seseorang  itu mentafsir tingkah lakunya 
sendiri? Penilaian yang dilakukan kepada dirinya sendiri dapat 
membentuk konsep diri yang baik bagi seseorang individu.

Contohnya, seseorang itu percaya sifat murah hati adalah sifat 
yang baik. Setiap kali dia bersedekah, dia menilai perbuatannya 
itu  dan  merasa  gembira  dengan tingkah lakunya. Dia melihat 
dirinya sebagai seorang yang pemurah lalu mempunyai konsep 
diri  yang  positif.  Pangkal  asasnya  bertitik tolak dari diri kita 
sendiri juga mahu menilai diri demi perubahan yang lebih baik.

jenis2 manusia yg suka BERCAKAP...pot pek pot pek

  • Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.
  • Oleh itu boleh "bercakap" itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
  • Orang mukmin hendak lah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
  • Takut takut "cakap" nya itu di benci orang dan di murkai Allah.

Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati hati saperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."
Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan saperti berikut:
  1. Golongan cakap merapu
  2. Golongan peramah
  3. Golongan kaki cakap
  4. Golongan cakap pejuang
  5. Golongan cakap politik
  6. Golongan cakap orang pendiam
  7. Golongan cakap sombong
  8. Golongan cakap biasa biasa aje
  9. Golongan cakap cakap nak perdaya
  10. Golongan petah bercakap
  11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
  12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
  13. Golongan cakap maki maki
Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:
  1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
  2. Bercakap yang terpaksa
  3. Bercakap kerana kewajiban
  4. Tidak suka bercakap
  5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
  6. Bercakap yang menggoda.

Thursday, 2 February 2012

PERKARA KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI

KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA
Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masih kehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada FENG SUEI. Dalam pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat, ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji.

KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI
  1. Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
  2. Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
  3. Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
  4. Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
KHURAFAT DI TANAH SUCI
  1. Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
  2. Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
  3. Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
  4. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
  5. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
  6. Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
  7. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
  8. Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
  9. Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
  10. Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
  11. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
  12. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
  13. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
  14. Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
  15. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
  16. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
  17. Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“…………Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.
Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur.

PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT
Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:
  • Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
  • Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
  • Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.
  • Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.
CARA-CARA MENGHINDARINYA
Bakal-bakal haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri khurafat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan keburukannya.

Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.
Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.

TINGKAH LAKU BURUK SEBAHAGIAN JEMAAH HAJI
Selain dari khurafat yang tersebut di atas, ditambah pula dengan adanya tingkah laku buruk yang sering kedapatan di kalangan jemaah haji umumnya termasuk jemaah haji Asia Tenggara, menjadikan ibadat haji ibadat yang seolah-olahnya tanpa roh dan tanpa hikmah.

Sebagai contoh yang ketara, berlakunya peristiwa terowong al-Muassim pada tahun 1990 dan peristiwa pijak memijak di atas Jambatan Mina pada tahun 1994 yang semuanya memakan korban nyawa yang begitu banyak, mencerminkan masalah utamanya tingkah laku buruk jemaah haji.

Tingkah laku dan tuturkata manusia itu adalah sebagai cermin peribadinya. Jika elok tingkah laku, berbudi bahasa dan manis kata-kata, maka tinggilah nilai dirinya, mulialah pekertinya. Kalaulah itu benar-benar menjadi cermin diri, maka alangkah buruknya keadaan umat Islam ini kerana apa yang berlaku di musim haji menjadi ukuran yang utama pada nilai diri kita.

Di Mekah umat Islam kelihatan seperti seolah-olah tidak tahu disiplin diri dan disiplin kehidupan. Ada yang tidak bertolak ansur, bertengkar, bergaduh, tengking menengking, herdik mengherdik, menolak, melanggar, memukul, memijak, menghimpit, mengambil hak orang lain, menyusahkan kawan, memijak kepala, menyepak muka orang yang beribadah, mengganggu yang bersembahyang, menyepak al-Quran, meletak al-Quran di atas lantai, mengubah (mengalih) al-Quran dengan kaki, berebut-rebut dengan segala kekuatan untuk mencium batu hitam (al-Hajarul Aswad). 

Memegang tangan berangkai kuat untuk merempuh orang yang sedang solat dan tawaf. Perbuatan yang sama berlaku dengan dasyatnya ketika di Mina untuk melontar. Segala selipar dan kasut serta pakaian tertanggal dari badan. Yang sakit tidak diberi simpati. Yang tua uzur tidak dihirau dan pelbagai perangai lagi yang boleh dilihat.

Mengenai tutur kata, umat Islam tidak hendak menjaga tutur katanya. Walaupun ketika sedang tawaf dan saei, masih bercakap-cakap dengan hal-hal yang terkeluar dari erti ibadah yang sebenar, bergelak ketawa berdekah-dekah kerana kelucuan yang sengaja diada-adakan dalam perbualan-perbualan, seolah-olah mereka bukan di hadapan Allah di dalam ibadat yang shahdu.

Kata mengata, caci mencaci sering kedengaran di sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah seolah-olah tidak berbeza dari tempat-tempat lain. Mengumpat, mencerca terus berlaku tanpa sebarang takut kepada dosa yang perbuatan di Tanah Haram.

Semua tingkah laku buruk itu adalah sebahagian dari masalah yang sebenar yang berlaku di kalangan jemaah haji kita yang sudah sewajibnya kita menyedari perihal tersebut dan cuba menghindarnya.

BAGAIMANA MENGATASI PERMASALAHAN TERSEBUT

Masalah akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak yang terpuji menjadi tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda menjadi teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia.

Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan haji.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Yang bermaksud:
“Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkuat, maka bertawakkallah kepada Allah. Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkaya, maka hendaklah meyakini bahawa apa yang ada di sisi Allah Azawajallla lebih baik dari apa yang ada di dalam tangannya. Dan siapa yang ingin sangat menjadi manusia yang termulia, maka hendaklah takut kepada Allah Azawajallla”.

Hadith ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal kepada Allah, takut kepada Allah. Apabila manusia sudah mentaati perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan lahirlah budi pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.

Mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadat haji adalah suatu tuntutan syarak. Dari ibadat itu akan lahirlah pengajaran-pengajaran yang amat berguna untuk manusia. Fadhilat haji amatlah banyak. Salah satunya untuk mengingati Allah. Oleh itu, perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berzikir kepada Allah di dalam masa kerja haji dan sesudahnya khususnya di Arafah dan Mina.

Salah satu rahisa Allah mewajibkan haji ialah untuk membersihkan diri mereka dari segala dosa, dari segala perangai keji dan perbuatan-perbuatan munkar. Kalaulah umat Islam memahami dan menghayati tujuan tersebut dengan sebaik-baiknya, maka tentulah tidak akan berlaku pekara-perkara munkar di tanah suci.

Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji seseorang itu sia-sia.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

Yang bermaksud:
“sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan perkara-perkara jahat dan fasik, maka kembalinya ke tanah airnya nanti ia menjadi seperti anak yang baru lahir”.

PENUTUP
Usaha untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam dari diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat dan sebagainya.

Pengetahuan tentang ibadat haji adalah pengetahuan fardu ain yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat umum. Perlu diajar dengan cara yang berkesan di dalam kurikulum-kurikulum sekolah menengah dan di peringkat universiti agar dengan ilmu yang manfaat itu setiap yang pergi menunai haji benar-benar mengetahui mengapa ibadat itu diwajibkan.
Ibadat-ibadat dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan ibadat itu sebagai alat mengajar, maka yang mempelajari bersungguh-sungguh daripadanya akan mendapat pengajaran yang amat berkesan. Rasulullah SAW telahpun mempergunakan untuk mendidik umat Islam di zamannya. Dengannya mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah ciptakan untuk menjadi contoh kepada manusia. Akhlak yang terpuji akan lahir dari keikhlasan beribadat kepada Allah, apabila difahami maksud dan tujuannya. Dari akhlak yang terpuji lahirlah peribadi unggul untuk memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah.

Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam khurafat dan semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahu ‘Alam

Ustaz ker?

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.. Gambar Yang sylo dan jarang kita nampak.. perghhh!!!
Hensem la ustaz don ni..
Meh kita kenal sikit mengenai ustaz don ye :


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. Ustaz Don (27 tahun) lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah,Mesir.

 Ustaz Don juga mendapat tempat di akhbar tempatan dimana sering dijadikan bahan berita seperti di Bharian dan Hmetro.

Tahap kepopularan beliau semakin meningkat kerana siri tv 30 minit bersama ustaz don di tv al hijrah .





BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)