Just The Way I'm

Just The Way I'm

Wednesday 30 October 2013

bride kidnapping.

di sini terdapat satu fenomena yang sudah terlalu lama dibudayakan sehingga boleh dipandang sebagai tradisi:
bride kidnapping.

biar aku ringkaskan kronologi tradisi ini.

1. lelaki suka perempuan
2. lelaki setting dengan kawan2 berkenaan:
---transport (kereta/motor/kuda)
---masa (pagi/cuti sekolah/balik kelas)
3. lelaki dan kawan2 serbu perempuan tadi
4. bawa masuk kereta / bonceng atas motor / sauk naik kuda
5. pecut
6. bawak balik rumah lelaki yang suka perempuan tadi
7. mak bapak lelaki standby tok kadi
8. nikah
9. tahniah! anda kini berbini!

*pause*

kalau dirasakan perempuan2 di sini malang diperlaku begitu--
biar aku cerita lagi--
perempuan2 ini perlu redha dengan nasib yang tuhan tulis untuk mereka tempuhi.

seorang perempuan yang diculik untuk dikahwini tidak diizinkan pulang ke keluarga sendiri.
memalukan.
menghina keluarga.
lebih baik mati.

melainkan kau pulang kembali bersama suami baru tadi.
itu pun hanya selepas ada bukti perut engkau ada isi.
atau apa2 petanda lelaki yang menculik engkau itu orang besar, kaya-raya; menunjukkan kau diculik pun sebenarnya kau ada harga.

kalau ada di antara kalian merasakan aku begitu kreatif merekacipta cereka, dijemput buat selidikan dengan key word "bride kidnapping in kazahstan" dan baca di bawah tajuk "non-concensual". terdapat banyak dokumentari tentangnya. wujud beratus sites mengenainya.

betapa seorang perempuan itu tidak ada harga.

sedih kerana di banyak masa, orientalis yang membuat kajian akan mengemukakan hujah negara ini negara islam dan perlakuan begitu adalah keterlaluan bagi mana2 aktivis kemanusiaan.

haih.
nak cerita negara islam buat apa.
dalam 20 orang, hendak jumpa seorang yang hafal al-fatihah pun susah.
raya qurban pun tak boleh sembelih binatang di masjid, tapi di masing2 punya rumah.
nak solat di tempat kerja pun dalam stor berus di antara koridor dan jamban.
pergi restoran islam bersusun botol arak ini normaliti mana2 kedai makan.

nak cerita negara islam buat apa.

agama perlu disembunyikan dari mata kasar.
perlu menjaga hati kepelbagaian kaum yang berpelbagai agamanya.

negara islam--
tapi orang islam di sini tak boleh menunjukkan siapa islam di kalangan kita.

maka kalau benda semudah itu pun tak mampu dijaga--
siapa SAHAJA yang mahu selamatkan perempuan2 malang itu semua?
kan..?

i wish orientalist can stop talking about how religion is the cause of evil.
sebab ada beza orang agama dan orang yang menggunakan agama macam sejenis cult.

yang jahat itu individu.
kan..?

*pause*

aku menulis status ini kerana tadi seorang kawan tempatan bertanya pada aku kalau2 wujud tradisi ini di malaysia. aku jawab dengan pantas-- tak ada.

kemudian dia tanya lagi "apakah ada prosedur yang menjaga isu nikah kahwin begini? yang mampu menolak tradisi ini?".

aku terdiam.
aku hendak jawab.
tapi aku sendiri tiba2 tak pasti.

aku hendak terangkan yang di negara kita ada jabatan agama. ada borang khas. jurunikah perlu tauliah. segala prosedur-- all that jazz. aku hendak beritahu bernikah tidak ada majlis itu bukan masalah berat-- asalkan rukunnya, asalkan asasnya dihormat.

serius aku hendak.
tapi tadi aku cuma senyap.

sebab sejak seminggu lepas,
aku terbaca kes artis berkahwin tanpa mengikut prosedur--
dan dan aku baca mereka kata perkahwinan itu sah.

jadi sebenarnya macammana?
apakah kita boleh asal koboi macam negara aku sedang duduk ini juga..?
bermakna asal cukup "kau jadi kadi", "kau jadi wali" seumpama?

entahlah.
makin lama--
aku SERIUS makin blur.

aku senyum pada kawan tempatan aku tadi.
aku pegi pada dia dengan telefon bimbit aku--
kemudian aku tanya:
"eh, nak tengok video juna main lari2?"

dia suka.
aku memang hebat ubah cerita.

No comments:

Post a Comment