1.Menganggap keluarga pasangan seperti keluarga sendiri
Apabila kita menganggap keluarga pasangan seperti keluarga sendiri, in shaa Allah kita akan cepat dapat menyesuaikan diri dengan mereka. Laksanakanlah tanggungjawab sepertimana kitamelakukan tanggungjawab kepada keluarga sendiri. Secara tidak langsung, ini dapat menunjukkan bahawa kita amat ambil berat soal mereka.
2.Menerima pandangan mertua dan ipar duai
Setinggi mana pun tahap pendidikan kita atau sehebat mana jawatan yang dimiliki, terimalah pandangan keluarga mentua dengan hati yang lapang walaupun kita lebih arif dari mereka. Anggaplah itu sebagai sesuatu yang baru bagi kita. Jika tidak berpuas hati, lebih baik kita berdiam diri sahaja daripada mengeluarkan pendapat yang mungkin menyebabkan ada hati yang terluka.
3.Menghormati antara satu sama lain
4.Mudah setuju
Jadilah seorang yang mudah setuju iaitu tidak banyak kerenah dalam menangani satu permasalahan sama ada dengan mentua atau ipar duai. Janganlah terlalu mengambil hal yang remeh temeh. Asalkan ia tidak melibatkan maruah dan agama, bersetujulah demi kepentingan bersama.
5.Ringan tulang
Janganlah terlalu berkira untuk menolong mereka kerana peluang sebegini perlu digunakan dengan bijak untuk membuktikan kebolehan kita lebih-lebih lagi jika kita ahli baru dalam keluarga tersebut.
6.Menjaga hati
7.Belajar sesuatu daripada mentua
Bagi menantu perempuan, sekurang-kurangnya belajarlah masakan yang digemari oleh ibu mentua ataupun resepi kesukaan anak lelakinya iaitu suami kita.
Bagi menantu lelaki pula, cuba-cubalah menangi hati mereka dengan minat dan hobi mereka.
8.Membuat sesuatu yang menyenangkan hati
Buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan mereka. Andai hati kita berat untuk melakukannya, terpaksalah kita berlakon sedikit.
9.Bertolak ansur
Sekiranya kemahuan kita bercanggah dengan kehendak mentua, mengalahlah dengan mereka agar tiada yang terluka. Lebih-lebih lagi mereka orang yang lebih tua daripada kita.
10. Memaafkan
Maafkanlah mentua dan ipar duai jika sebelum ini mereka telah banyak melukai hati anda. Dengan memaafkan hati dan jiwa kita pun akan tenang.
♥“Biarlah kita mengalah pada permulaan dan akan menang pada akhirnya.
Daripada kita menang pada awalnya tetapi hakikatnya kita adalah orang yang kalah..”♥
No comments:
Post a Comment