Just The Way I'm

Just The Way I'm

Thursday 15 March 2012

Buat Renungan

Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk bebas daripada belenggu 
kemiskinan. Peringatan itu sangat  penting kerana kemiskinan sebenarnya boleh 
menggelincirkan iman seseorang.

Ini kerana bagi seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya 
dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak 
kebeswaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Manusia digalakkan mencari rezeki yang halal, yang sekaligus akan menjadi ibadat selagi 
dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat 
adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu 
pemberian orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya. Apatah lagi jika 
tubuh badan masih kuat dan sihat, perbuatan meminta-minta sebegitu amat dilarang  
oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghina Islam itu 
sendiri.
Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang 
ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah 
ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki 
yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada 
diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap 
perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, 
“Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya 
dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan 
doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan 
mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” 
(Hadis riwayat at-Tabrani)

Bila Allah Taala cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat 
memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, 
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.-- 

No comments:

Post a Comment