Just The Way I'm

Just The Way I'm

Tuesday 27 December 2011

Emosi kamu... sila kawal sedikit!!

Emosi kamu... sila kawal sedikit!!
Ya... kawallah sedikit. Jangan terlalu mengikut emosi kamu sehingga menguris hati orang lain.



Firman Allah S.W.T. bermaksud:

"Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah.
Mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga
memaafkan kesalahan orang lain"

( Ali Imran: 134 )




Maksud ayat di atas menggambarkan pujian Allah S.W.T. terhadap orang yang bertakwa dan di antara sifat mereka yang disebut dalam ayat di atas ialah berjaya mengawal emosi marah. Rasulullah s.a.w. pernah menimbulkan persoalan kepada para sahabat tentang siapakah manusia yang gagah?.




Lantas dijawab oleh sahabat bahawa manusia yang gagah ialah mereka yang mampu menumbangkan lawannya. Mendengarkan jawapan tersebut, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang gagah ialah mereka yang
 mampu mengawal perasaan marah dalam dirinya.


(mafhum Hadis)




Bila kamu marah, pernahkah kamu cuba kawal marah kamu? Atau kamu salurkan perasaan marah kamu pada seseorang yang tidak sepatutnya kamu marah. Salah dia tiada pada kamu. Tapi kamu marah dia, seakan dia berbuat dosa besar pada kamu.




Pernah kamu fikir perasaan dia? Cuba kamu fikir perasaan kamu kalau orang lain marah kamu tanpa sebab yang munasabah. Kamu marah bukan? Kamu sakit hati bukan?


Begitu juga dia...




Bila kamu marah, mengapa kamu tidak cuba untuk diam sebentar dan tenggelamkan diri kamu dengan zikrullah? Kenapa kamu tidak beristighfar? Kenapa kamu tidak melakukan sunnah Rasullullah?

Apabila Rasulullah s.a.w. marah dan ketika itu Baginda sedang berdiri, maka Baginda akan duduk. Apabila Baginda sedang duduk, maka Baginda akan berbaring. Maka hilanglah perasaan marahnya.


(mafhum Hadis)


Cuba bayangkan wajah dan tindakan kamu ketika marah. Tentu hodoh dan buruk sekali wajah kamu ketika itu.


Imam al-Ghazali pernah berkata;



" Orang yang marah, keadaannya sama dengan binatang buas. Sebaliknya orang yang tenang keadaannya adalah seumpama nabi-nabi, wali-wali dan ahli hikmat. Oleh itu seseorang yang sedang marah boleh memilih untuk menyerupai binatang buas atau manusia yang terpuji”

Jadi, kenapa kamu memilih untuk marah? Terlalu sukarkah untuk bertenang dan berfikir sebentar. Fikir sebentar dan bertindaklah secara rasional. Jangan kamu marah orang sebarangan. Jangan kamu ungkit-ungkit sebarangan.


Kenapalah kamu memilih untuk marah????


Imam Muhammad bin Ka’ab berkata : Sesiapa yang memiliki tiga perkara, maka sempurnalah keimanannya iaitu :


*Apabila mendapat kesenangan, ia tidak terjebak dalam kebatilan
*Apabila dia marah, kemarahannya tidak menggelincirkannya dari landasa kebenaran
*Apabila dia berkuasa, dia tidak mengambil harta yang bukan haknya


Jadi kamu bagaimana? Bagaimana penanda aras keimanan kamu. Bukan bermakna kamu tak boleh marah. Marahlah... tapi biar marah bersyariat. Jangan marah sebarangan. Jangan hanya ikut kata hati kamu, ikut emosi kamu kala itu.



Emosi kamu... tolonglah kawal sedikit!

No comments:

Post a Comment