Just The Way I'm

Just The Way I'm

Tuesday, 23 April 2013

MIERABELLA-Vcoa Treenea

MIERABELLA Adalah jawapan kepada masalah kulit anda.

Treenea MIERABELLA diperkayakan dengan vitamin C merupakan makanan tambahan kepada wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit. Keunikan produk bermula dari kandungan kolagen semula jadi yang tinggi dan ringkas, Ia diadun dengan bahan semula jadi bagi meningkatkan serapan yang berkali ganda.

Formulasi Terkini Menggunakan Ramuan Semulajadi Bagi Membantu Menyelesaikan Masalah Kulit Secara Mudah, Selamat & Berkesan. 

. Tidak Perlu Membancuh
. Tidak Perlu Berbelanja Berlebihan
. Tiada Kesan Sampingan
. Terbukti Secara Klinikal
. Meniggalkan Kesan Secara Berpanjangan

Kesan Dapat Dilihat Dalam Masa 7 HARI SAHAJA !!

MIERABELLA diperkayakan dengan vitamin C merupakan makanan tambahan kepada wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit. Keunikan produk bermula dari kandungan kolagen semula jadi yang tinggi dan ringkas, Ia diadun dengan bahan semula jadi bagi meningkatkan serapan yang berkali ganda. 

Kebaikan Treenea MieraBella:

• Mengembalikan keanjalan dan membina sel kulit.
• Mengurangkan garis kedutan dan tanda penuaan pada kulit.
• Mengurangkan masalah jerawat dan jeragat serta mengurangkan parut
• Mampu bertindak sebagai anti-oksida dan anti-penuaan. 
• Menjadikan kulit lebih gebu, cerah, halus dan licin secara sekata.
• Meningkatkan lagi sistem ketahanan bagi menghalang penyakit.
• Membantu menguatkan rambut, tulang, gigi dan sendi.
• Membantu dalam membekalkan tenaga segera.

sms wechat at 010-3616 992

VCO Antioxidants

VCO Antioxidants adalah supplement alternatif yang terbaik bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik selain menyihatkan tubuh badan. VCOAntioxidants diperbuat dari minyak kelapa dara 100% organic yang berkualiti tinggi, terdiri daripada 90% lemak tepu yang baik utk kesihatan.

DIANTARA KEBAIKAN VCOAntioxidants:
• menghilangkan parut jerawat & strecthmark
• kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak &
juga kering
• melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dr sinaran
matahari
• Mengurangkan jerawat & jeragat
• Mempercepat penggantian sel-sel mati dgn yg baru
• melambatkan proses penuaan
• mengatasi masalah kerosakan gigi
• melindungi tubuh drpd kanser payudara & kanser rahim
• mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
• melindungi diri dari serangan osteoporosis
• melegakan pernafasan (mencairkan kahak dan membersihkan
laluan pernafasan dan kerongkong)
• membunuh kulat, bacteria dan virus atau sakit kulit pada
kemaluan (keputihan)
• amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
• melawaskan pembuangan air besar dan kecil
• memperbaiki pencernaan & penyerapan vitamin
• meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal, mental
• PMS lebih teratur
• Mengurangkan berat badan
• Mengurangkan tidur berdengkur


sms or we chat at 010-3616 992

Monday, 25 February 2013

6 makanan yang mengakibatkan masalah kulit

 Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian. 

Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan tonersahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik. 

Di sini, kami senaraikan enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi. 

Garam 
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua. 

Makanan laut 
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu. 

Susu 
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit. 

Makanan berkanji 
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat. 

Gula 
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua. 

Minuman beralkohol 
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.

Wednesday, 20 February 2013

Keunikan ‘Rumah Terbalik’ Di Sabah

**x perlu ke LUAR NEGARA bah...di MALAYSIA pun sudah ada yang unik...percaya atau tidak...jom kita pergi TAMPARULI di SABAH



Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.

Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
“Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari),” kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun .

Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.

Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.
Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.

“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza. “Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.

Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.
Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. – My News Hub



**more info--->http://sabahworldheritage.blogspot.com/2012/03/keunikan-rumah-terbalik-di-sabah.html

Wednesday, 13 February 2013

10 makanan yg MENGEMUKKAN di MALAYSIA..

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Pistol terbesar di DUNia








The Remington 1859..Pistol terbesar ini telah dicipta oleh Ryszard Tobys of Czempin..